Aug 14, 2005

Lembah Sintok Diselubungi Jerebu

Berikutan perubahan arah tiupan angin dari Barat Daya ke Tenggara sejak tengah hari semalam akibat ribut tropika di kawasan antara Hong Kong dan Filipina. Kawasan Utara Malaysia kini menunjukkan bacaan IPU meningkat secara mendadak... (Berita Harian sabtu 13 ogos 05)
Lembah Sintok tak terlepas dari bencana ini.. suasana agak suram, tetapi penghuni lembah ini masih menjalankan aktiviti mereka seperti biasa..
walaupun hujan turun seawal pagi tadi, ia tidak menghalang pihak jerebu terus meluaskan empayernya dikawasan utara selepas berjaya menjadikan beberapa kawasan belah pantai barat darurat.
Mungkin strategi pihak jerebu bergantung sepenuhnya kepada laluan arah angin dan ini membawa kelebihan kepada mereka untuk menawan seluruh malaya..
Tindakan drastik perlu di ambil oleh kerajaan sepaya cubaan mereka menawan wilayah utara dapat dikekang.. dan jika ini berlaku, penghuni wilayah ini tentunya akan diberi perintah berkurung.. !
Mungkin juga kerajaan perlu mendapatkan bantuan Wirawan Terulung bagi menghalang pergerakan Pihak Jerebu..
AROUS AMIGOS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...