Jan 14, 2012

Malaysia Badminton Open - Cheng Long tewas di tangan Chong Wei

 
Perlawanan peringkat separuh akhir terbuka Malaysia di antara pemain No. 1 dunia Dato' Lee Chong Wei dan Chen Long menyaksikan Chong Wei menang di dalam perlawanan tersebut.

Chong Wei menunjukkan permainan yang mengujakan di depan ribuan penonton yang datang bagi memberikan sokongan kepada team Malaysia.

Setiap pergerakan Chen Long dapat dibaca oleh Chong Wei dan dengan bijak membuat hantaran shuttle di luar jangkauan pemain China tersebut.

Aksi diset kedua pula menyaksikan aksi kejar mengejar mata,  Chen Long yang berusaha keras adakalanya mendahului 19-16 dan akhirnya berjaya mengheret Lee Chong Wei bermain untuk bermain diset ketiga dengan mata 21-17.

Permainan Chong Wei diset ketiga menyaksikan dia ketinggalan 4-8 pada awal permainan apabila kebanyakan shuttle yang dihantar keluar dari gelanggang permainan. Namun Chong Wei bangkit bagi merapatkan mata.

kebijaksanaan pemain No. 1 dunia itu menyusun semula permainan akhirnya berjaya apabila mendahului 11-8 sebelum pertukaran gelanggang. Chong Wei mula mempamirkan aksi yang lebih agresif dengan bermain di jaring seterusnya melakukan banyak smash bagi mematikan bola.

Akhirnya, Chen Long akur juga dengan kehebatan Chong Wei 21-13 seterusnya layak ke pusingan akhir yang mana beliau akan berhadapan dengan lawan dari Jepun iaitu  Kenichi Tago.


SYABAS DATO' LEE CHONG WEI!


3 comments:

LiNda said...

best betol tengok game chong wei tadi...tahniah utk chong wei..:)

nazreen said...

berdebar tgk lee chong wei main td...nasib baik menang...:D

CIK TOM said...

tahniah chong wei!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...