Oct 21, 2010

Keputusan Perlawanan Johor FC vs N9

Hehehe.. puas bila akhirnya Johor FC dapat tanam bola kat tempat lawan (N9) 1-0..

Permainan agak hambar dengan menyaksikan Johor FC lebih banyak bertahan dan sekali sekala membuat Counter Attack ke gawang lawan berbanding N9 yang banyak menyerang pada separuh masa pertama & ke-2..

Gol yang dinanti-nantikan akhirnya muncul daripada pemain gantian Johor FC pada minit-minit akhir permainan seterusnya menjadikan gol tunggal dalam perlawanan tersebut.

Kedah vs Kelantan menyaksikan tiada gol yang disumbangkan oleh kedua-dua pihak, peluang masih terbuka.. namun aku agak Kedah lebih perit sebab nie diorang akan bermain ditempat lawan (Kelantan)

Cukuplah utk malam nie.. see you then..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...