Mcm maner yer aku nak mulakan penulisan entry ini.. Baca tajuk jer dah tak mengujakan.. huhhhhhhhh (keluh panjang).. Ini merupakan pertemuan kedua (kalo tak silaplah) selepas Chong Wei mengalahkan Lin Dan di terbuka Jepun. Namun kemenganganya masih tak cukup untuk menumbangkan pahlawan dari China di perlawanan final Sukan Asia Guangzhou..
Tak senang duduk aku dibuatnyer.. Chong Wei kalah pada set pertama, namun dia bangkit pada set kedua bagi mengajak Lin Dan bermain pada set penentuan.. Tuah memang bukan milik Chong Wei pada set penentuan tersebut apabila gerak permainan Chong Wei tidak menjadi & Chong Wei bagai hilang punca. Permainan di jaring seperti yang dilakukan di set kedua gagal memerangkap Lin Dan dengan Lin Dan pantas membalas pukulan-pukulan ke arah badan Chong Wei..
Hermmmmm.. Emas yang diidamkan kontijen badminton Malaysia lebur apabila satu persatu pemain tumbang di tangan lawan.. Emas yang dicari.. Perak yang dapat..
Apa pun, aku ucapkan tahniah kepada Lin Dan di atas kemengannyer ke atas Chong Wei.. Nyata corak permainan Lin Dan masih belum dapat di atasi oleh Chong Wei.
Atau.. sudah tiba masanyer BAM mengemukakan bakat baru yang setaraf ATAU yang lebih baik dari Lin Dan..
6 comments:
lin dan main laju
masa 2nd set dia kalah tu pon macam dia tak main betol2 je
pape pon chong wei hebat gak
just tade rezeki lagi
:D
hermm.. betul tu.. mungkin tak cukup stamina sebab Lin dan memang main laju.. tambah plak kelebihan main tempat sendiri..
Lin Dan bijak ambil kesempatan atas setiap peluang terhidang.
aku rasa final tadi antara yang terbaekk kot. sbb abs sume skill dyorg kluar.. tu br btul world class beb..
Lin Dan memang hebat.. Chong Wei apa kurangyer.. yang penting dua-dua tu idola aku.. hahaha..
Nak buat mcm mana kalau dah memang juara tetap juara tak boleh dikalahkan walaupun dia dikenal sebagai juara kg.. juara dunia tak boleh kalah kan betul tak..
Post a Comment