Dec 1, 2010

Misi Indonesia Ganyang Malaysia Berjaya!

Misi Indonesia mengganyang Malaysia di dalam perlawanan Piala AFC Suzuki yang d adakan di Indonesia boleh dikatakan sangat berjaya.

Malasyia mendahului perlawanan dengan gol pertama namun gol tersebut tidak dapat bertahan lama apabila Indonesia memperkemas dan menghasilan gol pertama mereka yang mudah disudahkan oleh penyerang mereka.

Gol tersebut membawa titik hitam buat pasukan bola sepak Malaysia apabila dua biji gol dihasilkan sebelum separuh masa pertama tamat.

Diseparuh masa kedua pula menyaksikan Indonesia seperti ketagih jaringan apabila menyumbat gol ke-4 selepas 5 minit wisel perlawanan. 

Raja Gopal nampak hilang pedoman apabila Malaysia terus hanyut dibuai mimpi dan tidak mampu bangkit dengan corak menyerang pasukan Indonesia yang pantas. 

Kecewa dengan serangan yang tidak menjadi dan mungkin juga disebabkan kekurangan idea untuk mencipta gol, akhirnya Malaysia menyerah kalah apabila sebiji lagi bola melepasi garisan gawang Malaysia pada minit-minit akhir perlawanan.

                       
                         INDONESIA 5  MALAYSIA 1

2 comments:

Qamaruls said...

banyak wer 5 - 1.. mas kene belatih lagi..

burnkelana said...

nak berlatih mcm maner lagi wei...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...