MASON hanya terbaring ketika berat badannya mencecah 444 kilogram. |
LONDON: Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason memberitahu kekecewaan ditinggalkan kekasih mendorong nafsu makannya menjadi-jadi hinggakan berat badannya mencecah 444 kilogram.
Mason, 50, tidak berhenti makan 24 jam sehari semata-mata untuk memulihkan hatinya yang terluka. Menjelang 2009 keadaan tubuhnya menjadi terlalu gemuk sehinggakan dia tidak dapat berjalan.
Akhbar ketika itu mendedahkan bagaimana dia memerlukan pembedahan bagi mengurangkan makanan yang diambil jika dia mahu terus hidup.
Sejak itu Mason yang berasal dari Ipswich sudah mengurangkan lebih 190 kilogram dan melepaskan gelaran Lelaki Paling Gemuk di Dunia dipegangnya. Dia juga berharap akan menemui cinta baru.
Mason mendedahkan dia menghadiri makan malam dengan seorang wanita istimewa pada Hari Tinju.
Namun, dia mengakui: “Makanan adalah dadah saya. Ia memerlukan usaha untuk memperoleh saiz sekarang ini. Saya tidak pernah makan begini ketika muda. Saya kurus dan aktif ketika itu.”
“Amalan makan tanpa henti 24 jam sehari disebabkan oleh sesuatu perkara yang berlaku ketika saya berusia 20-an. Anda boleh kata yang saya makan untuk menyembuhkan hati saya yang terluka.
“Saya bertemu seorang wanita pada usia 21 tahun dan dia membuatkan hidup saya cukup sempurna.
“Dia berbeza dengan wanita lain yang saya temui sebelum itu. Dia berusia 39 tahun dan lebih tua daripada saya. Saya masih berasa sedih untuk menceritakan apa yang berlaku.
“Saya memanggilnya Char. Saya menyukainya dan berfikir akan meneruskan hidup ini bersamanya.
“Dia mempunyai kediaman sendiri dan saya membantunya untuk menghias rumahnya. Kemudian, secara tiba-tiba dia memutuskan hubungan kami.
“Kejadian itu berlaku pada 1986 ketika saya berusia 26 tahun. Dia bertemu dengan lelaki lain dan kemudian terus bertunang.” - Agensi
MyMetro
10 comments:
ler..smpi mcm tu skali..ahakz
Dextrous cyber life
bahaye tol putus cinte ni yer,,,,
tak berbaloi utk gemuk kerana putus cinta....
dasat tol cinta dy..
bahaya tul org yg terlalu taksub dengan cinta nie kan..dah clash, sggup buat pe saje.
sesungguhnyer cinta abadi adalah cinta kepada maha pencipta & rasul-Nya..
saye baru je tgk dacumentari pasal orang ni kat TV.. sangat best and skg die dah nak kurus :)
tu laa. cam ira gak. HAHA. dulu laa. asal tension je. or gado dgn bf ke. mkn byk2. tmbh2 bnde2 yg mmg bg gemuk. pastu berat pon naek jgk laa. tp now takde laa cmtu da. hee. kelakar ase. cm bodo je ;p
sadis betul..sbb pmpuan jadi mcm ni
haih
sanggup dia seksa diri sendiri sampai macam nih
haih
macam2
P/S : Bersama Hans Menikmati Makanan Western - Chop & Steak
Post a Comment