Feb 22, 2011

The Rocket Man Hero Malaysia!

Itulah kata-kata yang boleh digambarkan apabila Azizul sanggup mengayuh lagi basikalnya selepas terbabit kemalangan semasa di acara akhir Keirin Lelaki pada pusingan keempat UCI Kejohanan Trek Berbasikal Sesi Piala Dunia 2011 Klasik di Manchester Velodrome, Manchester. England. Kelmarin.

Yang lebih MERUNTUNKAN hati aku nie bukannyer disebabkan kemalangan tu semata-mata, TAPI semangat Azizul sanggup mengayuh basikalnyer dengan TUSUKAN serpihan kayu veledrom sepanjang lapan ke sembilan inci tertusuk betisnya. 
Gambar menunjukkan tusukan serpihan trek lumba di kaki kiri Azizul.- myMetro
Tetapi dia bangkit menamatkan perlumbaan di tempat ketiga untuk membawa pulang pingat gangsa dalam perlumbaan dimenangi Chris Hoy dan perak, dimenangi Jason Niblett.

Pingat gangsa itu juga memastikan Azizul mengungguli ranking pertama siri klasik Piala Dunia selepas mengumpul 28 mata. 
Azizul mengerang kesakitan ketika diusung keluar dari velodrom di Manchester, semalam.
- myMetro
Aku memang betul - betul RESPECT kat dia nie.. semoga impiannyer menjuarai Olimpik menjadi kenyataan di atas PENGORBANAN yang dia lakukan selama ini walaupun terpaksa melupakan hasrat beraksi di Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23-27 Mac in. 


11 comments:

nuriz said...

malaysia boleh!! :)

mabk.abubakar said...

TAHU takper.. dia adalah the super azizul!

beginner said...

pocket roket man ler bro...

mabk.abubakar said...

aku dah tak nampak pocket lagi dah.. yang aku nampak sekarang rocket jerk.. lagi2 kalo dia tengah dok pecut atas trek.. hehehe..

~ Cik Azz ~ said...

Boleh mintak pampasan tak agaknya ehh..

atiEy_[azHa] said...

aduh !

mabk.abubakar said...

Cik Azz, entahlah.. claim insurans lah kot.. apapun kecederaan tu tak berapa serius.. sekarang nie pun dia dah mula kayuh basikal balik..

mabk.abubakar said...

azha.. cube banyangkan kayu tu tertusuk kat betis kita.. macam manelah rasenyer eik..

Abu Luqman said...

singgah malam..sob

zih@n said...

bgus dia ni..Alhamdulillah dia tak cedera truk sgt & still bleh bagi kejayaan tuk Malaysia...=)

mabk.abubakar said...

Ya itulah yg kita harapkan.. semoga dengan pengorbanan ini dia memperoleh kejayaan yg lebih besar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...