Mar 4, 2011

PERANGI GEJALA BUANG BAYI.. LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!

Herrrmmmmmm..  dah lama juagk aku tak buat ENTRY Baru.. bukan ape..  jadual aku agak sibuk skit.. tapikali ni lain.. ENTRY pun nampak mcm ada NADA KEKESALAN manakan tidak..dari hari ke hari.. kisah-kisah menyayat hati bayi dibuang semakin menjadi-jadi.. kali ni.. dalam KOMUTER plak! aku merasakan STOP! Kenapa lepas dari satu kes, mesti ada kes lain yg sama masih dilaporkan!

Aku merasakan semakin LOYA membaca berita-berita "kayak" ginie.. aku semakin hilang sabar hari nie.. Namunnnn.. apakan DAYA kita? Apakah sumbangan yang boleh kita buat bagi MENINGKATKAN tahap KESEDARAN rakan-rakan kita diluar sana? 

Aku tanya kepada korang semua.. anda BLOGGERS tul tak? SO, tentu anda BOLEH lakukan sesuatu sepertimana yang aku  SEDANG LAKUKAN sekarang nie..BETUL TAK?

Apa kata, sebagai BLOGGERS kita bersatu MEMERANGI GEJALA ini.. KITA perlu lakukan sesuatu, supaya BAYI-BAYI yang tidak berdosa ini TIDAK diperlakukan seperti BINATANG!

PERANGI GEJALA BUANG BAYI.. 
LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!





...............................................

PELABUHAN KLANG: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibungkus dalam plastik hitam ditemui di bawah tempat duduk gerabak hadapan komuter yang berhenti di stesen Pelabuhan Klang sini, hari ini.
Mayat bayi itu dibalut dengan selimut bercorak bunga dan turut diletakkan bersama mayat itu ialah sehelai sejadah serta surah Yasin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.15 pagi dan mayat bayi itu dipercayai dibuang ketika komuter berkenaan dalam perjalanan ke stesen Pelabuhan Klang di sini.

"Mayat bayi itu ditemui seorang tukang cuci gerabak komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika membersihkan gerabak di stesen Pelabuhan Klang," katanya.

Aper kessss!

9 comments:

syabil.sukor said...

betul tu~
masalah ngan remaja sekarang ni makin teruk..
sama2 kita perangi masalah ini...

RuSh D said...

sosial teruk sgt..huhu

eiyta said...

setuju...setuju...hari tue ada baca satu magazine, tak ingat magazine apa..isu tentang remaja check in hotel budget...ada sorng remaja ppuan nie kluar statement "laa...benda2 mcm nie normal la zaman sekarang..kenapa nk besar2kn isu mcm nie" gulp...

ckLah said...

Salam tuan blog.
Setuju mesej entri ini. Saya juga sudah beberapa kali menulis entri tentang isu kebejatan moral dan budaya hedonisme yang semakin manjadi-jadi.

mabk.abubakar said...

eiytha.. statement dia tu dah cukup menunjukkan betapa hancurnya remaja zaman sekarang nie.. kita sebagi blogger mungkin tak bleh buat ape2.. tapi mungkin melalui penulisan2 kita bleh memberi impak positif kepada mereka..

Emang Unik~ said...

KES pembuangan bayi ni dah macam TREND,sorang buat semua mengikut.igtkan KES ni dah berkurangan tapi makin teruk pulak.

mabk.abubakar said...

Entahlah Emang Unik..mana kurangnyer.. yg kat tv tu kes2 yg dilaporkan.. kes yg tak lapor ntah berapa banyak.. lebih2 lagi kes mngandung anak luar nikah.. remaja kita sebenarnya dah semakin hanyut.. Imam, Mufti, Pemimpin kerajaan kena buat sesuatu.. buat malu negara jerk..

iwan_dextrous said...

skrg nie kita kena buang istilah jangan jaga tepi kain orang...btul x?

mabk.abubakar said...

Betul tu iwan.. mungkin silap kat kita jugak.. ada kita nasihatkan diri kita ataupun nasihat kawan2 kita tentang perkara2 yg bleh menjurus kepada masalah sosial nie..
tepuk dada tanya selera..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...