KINGSTHORPE, Britain - Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan.
SEBANYAK 26 batang kayu kecil dimasukkan ke dalam mulut Holly Thompson. |
Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya. Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.
Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly. Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit. - Agensi
sumber: kosmo.com.my
sumber: kosmo.com.my
11 comments:
haaaaaaaa morale of story..sila la tutup mulut menguap.jangan duk nganga luas2 masa nguap.hehehe
tahu takpe.. nie mungkin menguap tak hengat dunia nie..hehehe.. mcm2..
sib bek boleh tutup balek...
Itulah padah menguap pada waktu kelas..
Sepatutnya dia menguap pada waktu rehat sahaja...hehehehe
Tandas segera
rahang dia terpeleot kot huhu
Linda: kalo tak bleh tutup.. nak wat mcm mane eh.. ? kalut dibuatnyer..
miecyber, dah dia tak tahan nak menguap.. nak tunggu waktu rehat lama lagi.. hehehe
nuriz.. kurang senaman regang mulut kot.. tu yg terpeleot..
senang jer nak bagi dia ttp mulut/....
sumbat jer kasut kat mulut dia settle masalah....
hehehe.. ko nie betulah hassudi.. dahlah minah tu dok terseksa tak bleh tutup mulut.. hang plak bagi idea mcm tu..
tapikan.. ok gak idea tu..
penah jadi kat saya...gara2 menguap jugak..lepas tu terus x boleh bukak mulut luas sampai sekarang..
Post a Comment