May 12, 2011

Baby With Two Head!

For today.. I just want to share you something weird happened in Beijing.. What say you?

.............................................................................
BEIJING: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan yang berkepala dua di wilayah Sichuan, lapor media semalam.

Bayi terbabit yang berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean minggu lalu.

Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus - sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku.
Menurut pakar, disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.

Kakitangan Hospital Pusat Suining berkata, bayi itu dilahirkan Khamis minggu lalu.

“Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani,” katanya.
Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar.

Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter.

Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.

Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.




Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat.

Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh. Bagaimanapun, Jayden hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan.

Sumber:mymetro

8 comments:

faralovexx said...

subhanallah,ade2 sje bentuk dugaan yg Allah berikan,,xper laa,,walau mcm mne sekalipun anak tu anugerah Allah,,,amanah bg ibu bapa,,so,kna tabah dan bersyukur,,:)

mabk.abubakar said...

tapi kesian keluarga tu dari golongan petani.. kos perubatan pastinyer tinggi..

Ibnu K said...

Inilah yang dikatakan edisi istimewa atau limited edition dari Allah hanya untuk orang terpilih.. Ini bukan musibah tau, ini adalah anugerah terangung Allah utntuk hambanya.. kerana berikan ciptaan unik.. MasyaAllah..

mabk.abubakar said...

God bless him.. semoga keluarga tersebut tidak menganggapnye sebagai beban..

mcm ni lah said...

assalamualaikum salam kenalan,. saya follow blog ni

khairul said...

besar nya dugaan ni

.m y z. said...

subhanallah. mcm mana lah hidup mereka berdua ni pd masa akan dtg. huhu.

ZORA said...

pehhh..dugaan sungguh la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...