May 21, 2011

Takziah Buat Mangsa Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa Felcra Semungkis, Hulu Langat

Hari ini, kita dikejutkan dengan satu lagi tragedi tanah runtuh yang berlaku di Batu 14 Hulu Langat @ 0240 petang tadi melibatkan 25 orang kesemuanya.. dan setakat pukul 10.40 malam tadi seramai 9 orang telah menjadi korban dan selebihnya cedera dan ada juga yang masih terperangkap. Namun begitu, pihak Polis, JPA & Bomba masih menjalankan misi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa. 

Lokasi Kejadian
Mula - mula tu aku tak recognized sangat tempat tu.. tapi bila aku dengar je "Batu 14 Hulu Langat".. aku seperti tersentak sejenak, fikiran aku mula masuk gear reverse cuba menyelongkar sisa-sisa ingatan bagi mengenalpasti lokasi yang lebih tepat. Setelah berjaya memulihkan ingatan aku nie.. baru aku ingat yang lokasi kejadian berada betul-betul berdekatan dengan rumah makcik aku.. 

Bumbung Asrama
Aku bertambah pasti bila gambar-gambar yang ditunjukkan dalam berita ada menunjukkan gambar bumbung asrama tersebut (bentuk Minangkabau warna hijau).. sah, memang betul tekaan aku... Aku memang pernah ke sana, kali terakhir tahun lepas.. Rumah anak yatim tu memang boleh dilihat dengan jelas dari rumah makcik aku kerana kedudukannya yang berada dilereng bukit.

Gambar lokasi kejadian
Gambar - gambar yang aku upload nie semuanyer dari Berita Harian Online..

Bumbung Asrama yang aku maksudkan berbentuk Minangkabau
Bomba & Orang kampung yang sedang menyelamatkan mangsa
Bumbung Biru tulah lokasi rumah Makcik aku..

Korban tanah runtuh
lagi mangsa korban tanah runtuh

Takziah
So, dikesempatan ini aku mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa.. semoga mereka yang terkorban mendapat tempat disisi Allah..

Al-Fatihah..

12 comments:

azam said...

al fatihah

Cik Azz said...

al-fatihah...

Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

Tak sanggup nak tengok gambar mereka yang tertimbus tu..

Unknown said...

Aku ingat lagi sebelum wujudbya rumah anak yatim tu.. kawasan tu adalah kawasan hutan & kemudiannya ditolak utk didirikan asrama ni.. kedudukannya yg berada dilereng bukit meningkatkan lagi risiko tanah runtuh ditambah lagi lereng yg dah ditarah tidak dilitupi canvas atau tumbuh-tumbuhan menjalar seperti rumput.. so bila perkara2 nie tak dititikberatkan selepas bukit ditarah, air hujan pula akan menjadi medium yang amat efektif bagi melonggarkan struktur tanah dah seterusnya menyebabkan tanah tidak lagi kukuh dengan kandungan air yang semakin bertambah apabila hujan lebat.. Proses ini berterusan tahun demi tahun..dan akhirnya...

Miecyber said...

Al Fatihah...

Faktor menyebabkan tanah runtuh menimpa Rumah Anak Yatim & Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa,Hulu Langat

Mime MF said...

takziah..
al-fatihah..

Pja Ismail said...

Ya Allah..sedihnya tengok.... Semoga yang terkorban mendapat tempat disisi Allah.

Unknown said...

sedih la bila baca or tgk berita2 mcm nih...anak yatim lak tuh... al-fatihah...

Unknown said...

Jumlah korban semuanya 16 orang.. mangsa terakhir dikeluarkan kira2 pukul 5 pagi.. semoga ianya menjadi iktibar kepada penghuni2 lereng bukit..

kiz said...

al-fatihah buat semua mangsa..tapi lepas ni makin banyak lah suara yang cadang itu, siasat sana, akta itu ..lepas tu senyap..hangat hangat tahi ayam..

Unknown said...

Al Fatihah

Mohd Hazwan said...

al-fatihah dan takziah

MulutPayau said...

Takziah...
Al-Fatihah utk semua mangsa yg trkorban..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...