Oct 31, 2011

Kerabat DiRaja Arab Tambah RM2.7 Juta Tangkap Askar Israel..

Seorang kerabat diraja Arab Saudi menambah sebanyak AS$900,000 (RM2.7 juta) kepada ganjaran yang ditawarkan oleh seorang guru agama di negara ini bagi mana-mana penduduk Palestin yang menculik seorang askar Israel.

Putera Khaled Talal (gambar), abang kepada seorang hartawan Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal berkata, beliau mengambil keputusan untuk menambah kepada ganjaran yang ditawarkan Awad al-Qarni selepas guru agama itu menerima ancaman bunuh kerana menawarkan sebanyak AS$100,000 (RM300,000) bagi mana-mana penduduk Palestin yang menangkap seorang askar Israel.
Putera Khaled Talal
''Awad menawarkan AS$100,000 untuk seorang askar Israel tetapi satu kumpulan Yahudi pula menawarkan AS$1 juta (RM3 juta) untuk membunuh Awad.

''Jadi saya memberitahu Awad, saya akan menambah sebanyak AS$900,000 kepada ganjaran yang ditawarkannya untuk menangkap seorang askar Israel supaya banduan Palestin lain boleh dibebaskan,'' kata Khaled dalam satu rakaman perbualan telefon yang disiarkan di laman web stesen televisyen Daleel.

Awad dalam akaun Facebooknya pada minggu ini berkata, beliau membuat tawaran itu sebagai maklum balas kepada tawaran sama yang dibuat oleh sebuah keluarga Israel kepada sesiapa yang berjaya menangkap mereka yang bertanggungjawab membunuh anggota keluarga Israel itu pada 1998, ekoran perjanjian pertukaran 1,000 tahanan Palestin dengan seorang askar Israel, baru-baru ini.

4 comments:

Hanif said...

Kecian aku tengok org Palestin ni..tapi aku mampu berdoa dan melihat sahaja...

burnkelana said...

AMIN...

syuxer said...

bagus..:)..ada orang support..patutnya geng2 kaya arab bersatu untuk hapuskan yahudi laknatullah neh..

burnkelana said...

tulah syxer.. negara2 arab bukannyer tak kuat.. diorg kaya.. & kekayaan dirng tu sepatutnya digunakan utk bantu negara2 islam yg miskin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...