Nov 9, 2011

Dr. Conrad Murray Bersalah Bunuh MJ Tanpa Niat

Doktor peribadi Michael Jackson (Dr. Conrad Murray, 58) didapati bersalah atas kesalahan membunuh tanpa niat Raja Pop itu pada tahun 2009.

Murray berdepan dengan hukuman penjara sehingga empat tahun bermula 29 November ini tetapi hanya akan dipenjarakan di sel yang sesak di Los Angeles selama beberapa bulan sahaja.


Keputusan tersebut dibacakan semalam  (8 Nov 2011) selepas juri berpuashati dengan bukti yang dikemukan oleh pendakwaraya yang mana beliau dituduh memberi ubat anestetik propofol yang kuat, ubat yang selalunya digunakan dalam pembedahan dan ia dikatakan punca utama kematian penyanyi itu pada usia 50 tahun.

Pihak pendakwa raya mempertikaikan kecuaian Murray dalam memberi propofol kepada Jackson bagi membantunya tidur.

Selepas keputusan perbicaraan dibacakan, Murray tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika keputusan hukumannya diumumkan.

2 comments:

.. said...

ksian jugak kan kat d0ctor tuh..kal0 la bet0l die tak bsalah rase mcm malang gile kan...mana la die nak tahu ubat tuh sesuai ke tak dekat m.j.. n salah m.j gak cz overd0se

burnkelana said...

tu yang dikatakan bunuh tanpa niat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...