Nov 8, 2011

Beli Nombor Ekor Sambut Aidiladha

KLUANG 7 Nov. - Ketika umat Islam menginsafi pengertian ibadah korban, ada di kalangan mereka yang bukan sahaja tidak mengambil pengajaran di sebaliknya, malah melakukan perkara mungkar dengan membeli nombor ekor.

Kejadian berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, iaitu hanya tiga hari selepas premis nombor ekor di daerah ini diserbu pihak berkuasa agama.

Pentadbir Agama Daerah, Mohd. Khalil Md. Noor berkata, dalam serbuan Sabtu lalu itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30-an kerana membeli nombor ekor.

Katanya, ketika ditahan pukul 6.40 petang, lelaki itu leka membeli tiket judi bernilai RM28 di satu premis di Jalan Dato Haji Hassan.

"Siasatan awal mendapati suspek datang ke pusat bandar bersama isteri dan bapa mertuanya tetapi menipu keluarganya itu untuk ke kedai ekor dengan memberi alasan membeli barang keperluan," katanya.

Pada 2 November lalu, pasukan agama sama menahan enam umat Islam yang membeli nombor ekor di premis di daerah itu setelah dikenal pasti apabila menjawab salam anggota penguat kuasa terbabit.

Tambah Mohd. Khalil, lelaki itu dibebaskan selepas dijamin isterinya tetapi akan dituduh di mahkamah syariah dalam masa terdekat.

Katanya, jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mohd. Khalil memberi amaran kepada umat Islam di daerah itu menjauhi judi kerana pihaknya akan membuat tangkapan dengan lebih kerap bagi membendung kegiatan itu di kawasan terbabit.

 
Komen Admin:

Sungguh memalukan.. semoga mereka bertaubat & kembali ke pangkal jalan..

4 comments:

alongxp said...

perghh... kampung aku tu... nasib baik masa tu family aku balik kota tinggi...so tak kena tempiasnye.. hahaha

Mohamadazhan.com said...

makan sup ekor lagi sedap...haha

Hanif said...

hemm..kalau dah gila judi.tak kira!!

burnkelana said...

alongxp.. ko kenal ker mahluk2 yg kena cekup tu?

Mohamadazhan.. betullah ckp ko tu.. mkn sup ekor lagi sedap..

Hanif.. Manusia zaman skarang dh takut hukum Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...