Dec 29, 2011

Landasan kereta api di tengah-tengah perumahan penduduk

Landasan kereta api sepanjang 200 meter merentasi perumahan penduduk

Sebuah desa di Hanoi dianggap antara tempat yang paling berbahaya buat para penghuninya kerana ia terletak hanya beberapa kaki dengan landasan kereta api. 

Dikenali sebagai Kham Thien, landasan kereta api sepanjang 200 meter tersebut terletak betul-betul ditengah-tengah kawasan perumahan penduduk. 

Walaupun begitu, penduduk enggan meninggalkan bangunan yang terletak di tepi landasan itu walaupun terdapat banyak nahas dan kematian pada setiap tahun. 

Mereka masih tinggal di desa itu walaupun pihak berkuasa telah memberikan amaran mengenai kematian dan nahas kereta api. 
 
Suasana ketika ketiadaan kereta api






5 comments:

jan.naimah said...

giler btol....btol2 belakang umah...

Unknown said...

mcm mana boleh lulus ni

AZMI KHAN said...

mcm bahaya je....
xde ke org mati kena langgar.....

burnkelana said...

Jan.. ada brani? agak2 kalo ada kat blakang rumah ko mcm mane?

Khairul.. kes rasuah kot (agak jerk..) hehehe

Azmi Khan..banyak dah kes mati, tp penduduk tak mau pindah..

tirahzairi said...

cm best je ketapi kt situ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...