Dec 15, 2011

Polipaka Gattaiah - Lelaki paling tinggi di India

Lelaki paling tinggi di India, Polipaka Gattaiah bekerja di sebuah pusat kraftangan dan kesenian di bandar Hyderabad, India.

Beliau yang mempunyai ketinggian 2.28 meter menghiburkan orang ramai yang mengunjungi pusat tersebut. 

Para pelawat kerap memberikan wang kepada Gattaiah yang berusia 38 tahun selain bergambar dengannya.

Pada Mac lalu, lelaki itu diberikan satu kaki palsu oleh sebuah pertubuhan kebajikan setelah kakinya dipotong kerana jangkitan kuman.

Menurut media tempatan, kaki palsu itu dikatakan yang paling panjang pernah dibuat. Seorang pegawai berkata, Gattaiah dibayar AS$130 (RM413.88) sebulan oleh sebuah agensi pelancongan negeri. - Reuters






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...