Dec 30, 2011

Samun RM 120K guna basikal jer


-Gambar hiasan-


Sebuah premis pengurup wang di Klang kerugian RM 120,000 apabila disamun oleh tiga orang tidak dikenali (memanglah tak kenal) beberapa hari yang lepas.. 

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Pelabuhan Klang. Terdapat hanya seorang pekerja sahaja ketika kejadian. Pekerja tersebut ketakutan apabila diacu pistol dan diugut terpaksa merelakan premis tersebut disamun. (baca statement - macam ada skandal jer)

Difahamkan, kedai berkenaan tidak dilengkapkan kamera litar tertutup (CCTV). - Apa kejadahnya  simpan duit banyak-banyak tapi tak boleh pasang CCTV? - saja cari bala tu namanya. 

Hasil siasatan polis, ada saksi mengatakan penyamun-penyamun tersebut melarikan diri dengan basikal (Uikss! basikal? biar betul? - macam cerita P. Ramli plak). Namun kesahihan maklumat tersebut belum dapat diterjemahkan dengan bukti-bukti sokongan.

akhirnya, pihak polis masih dan sedang menjalankan siasatan di mana penyamun-penyamun tersebut masih bebas dengan hasil pendapatannya. - myMetro


Komen penulis..
Premis Pengurup Wang = CCTV = ?


 



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...