Jan 17, 2012

Koleksi Gambar Kapal Costa Concordia yang karam

 
ROM - Ketua Eksekutif pemilik sebuah kapal mewah yang terbalik di Pulau Giglio, Itali menyatakan kapten kapal berkenaan membuat keputusan yang tidak disahkan semasa dia cuba mengubah haluan. 

Menurut ketua eksekutif itu, Pier Luigi Foshi semalam, pihaknya tidak bersekutu dengan kapten tersebut, Francesco Schettino ekoran perbuatannya itu. 

Namun, kata Foshi, pihaknya akan menyediakan bantuan perundangan buat kapten kapal tersebut yang telah ditangkap pihak berkuasa. Menurutnya, kapal berkenaan yang terbalik pada Jumaat lalu mempunyai laluan perkapalannya yang telah diprogram.

Dia berkata, alat penggera akan berbunyi jika ia berubah haluan. "Laluan itu telah ditetapkan dengan betul. Secara faktanya, ia terkeluar dari laluan kerana satu sikap muslihat daripada komander (kapten kapal tersebut) yang tidak diluluskan," katanya. 

Setakat ini lima orang telah disahkan mati manakala 15 mangsa lagi masih hilang semasa ia membawa 4,200 orang pada malam Jumaat lalu. Kapal Costa Concordia itu terbalik selepas ia melanggar batu di pulau tersebut. Kerja-kerja mencari mangsa dihentikan buat sementara semalam ekoran laut bergelora. - Agensi

Koleksi gambar-gambar menyelamat yang telah dimuatnaik ke laman sesawang..











8 comments:

Adam said...

Pergh macam hotel karam dalam laut

khairul said...

brapa angka rasmi kematian bro

burnkelana said...

setakat 5 org..

MUJAHID295 said...

dah mcm titanic la pulok..jgn pasni kluar filem cinta orng dlm tu plak...hehe

Ckin Kembaq said...

haih..buatan tangn manusia..karam jugak ye..

iwan_redzuan said...

titanic versi itali...huhu...

Za said...

berapa lama masa yg kapal ni ambik tuk tenggelam sepenuhnya?

burnkelana said...

za.. saya rase dia tak akan tenggelam sepenuhnya disebabkan kedudukan kapal tu karam sgt hampir dengan pulau.. biasanya bntuk geografinya cetek.. that why kalo tengok gambar kat atas tu.. hanya separuh kapal tu tenggelam dlm keadaan menyenget..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...