Jan 20, 2012

Wanita Berbogel ditahan polis

Seorang wanita di Kiew ditahan polis Ukraine apabila mendedahkan payudaranya dalam satu tunjuk perasaan di depan kediaman Duta India di sini kelmarin. 

Wanita tersebut merupakan anggota sebuah pertubuhan pembela hak asasi manusia yang dikenali sebagai Femen yang menunjuk perasaan yang disertai tiga lagi rakannya. 

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi membantah tindakan India memperketatkan peraturan visa untuk kemasukan wanita dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet.

Peraturan visa itu diperketatkan untuk menghalang wanita berusia di antara 18 hingga 40 tahun dari Ukraine, Rusia, Kazakhstan dan Kyrgyzstan memasuki India untuk menjadi pekerja seks. 

Empat wanita dengan beraninya mendedahkan payudara mereka semasa suhu amat sejuk ketika berada di balkoni tingkat dua kediaman duta India. - kosmo

5 comments:

Domu-kon said...

nauzubillah..pelik2 la dunia skrg..

sabree hussin said...

tak pasal2 dah kena tangkap.. entah apa jadah

Koding said...

Apa jenis perjuangan macam ni...

tirahzairi said...

untngla sape tgk..hahhahaa

teratai said...

sudah hilang rasa malu,sbb tu maruahpun hilang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...