Feb 12, 2012

Rooney Benam Keangkuhan Luis Suarez

KEMENANGAN Man Utd ke atas Liverpool 2-1 di Old Trafford sangat manis buat Patric Evra dan boleh dianggap sebagai satu kemenangan moral buatnya. 

Tindakan Luis Suarez yang enggan berjabat tangan dengan Evra sebelum perlawanan bermula dilihat sebagai tindakan tidak beradap dan tidak profesional sebagai seorang pemain bola sepak.

"Perlawanan itu sudah mencipta kontroversi apabila Suarez enggan berjabat tangan dengan Evra sehinggakan pertahanan United itu cuba memegang lengan penyerang Liverpool itu tetapi tidak diendahkan"
 
Insiden itu bertambah tegang apabila Ferdinand yang ternampak kejadian itu membalas tindakan pemain antarabangsa Uruguay dengan turut tidak menghulurkan tangan kepada Suarez.
 
 
Ledakan pertama Rooney hadir hanya seminit selepas separuh masa kedua bermula melalui situasi sepakan sudut selepas separuh masa pertama, kedua-dua buntu mencari jaringan biarpun perlawanan banyak dikuasai oleh Red Devils.
 
Steven Gerrard gagal menanduk keluar bola sepakan sudut United yang diambil oleh Ryan Giggs sebelum bola tersebut hadir tepat di kaki Rooney yang berada di hadapan gawang Liverpool dan melepaskan rembatan padu bagi meletakkan Red Devils di hadapan pada minit ke-46. 
 
Red Devils berjaya menambah gol kedua, sekali lagi menerusi Rooney dan berpunca daripada kesilapan Jay Spearing yang kehilangan bola berhampiran kotak penalti, Antonio Valencia pantas merampas bola untuk menghantar tepat kepada Rooney yang tidak dikawal dan merembat leret melepasi celahan kaki Pepe Reina.
 
Liverpool berjaya merapatkan jurang pada minit ke-80 menerusi Suarez yang bijak menghukum kesilapan Rio Ferdinand yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya sepakan percuma Luis Enrique.
 
Kemenangan itu meletakkan United kini memungut 58 mata daripada 25 perlawanan, merampas sementara kedudukan City dengan kelebihan satu mata yang akan beraksi hari ini menentang Aston Villa di Villa Park.
 





    

2 comments:

Unknown said...

aku nk makan nasi kandaq aritu pon x boleh..org ramai sgt

APAN said...

imej liv yg perkauman sket...penyokong dia kat sana pun lbih kurang gitu gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...