Mar 1, 2012

NYPD Intip Orang Islam di US

White House didakwa telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membayar program Jabatan Polis New York (NYPD) yang meletakkan seluruh kawasan kejiranan Islam di bawah pengawasan mereka.

Sebanyak AS$135 juta (RM407 juta) diperuntukkan kepada NYPD dan New Jersey itu kononnya diberikan untuk tujuan program penguatkuasaan undang-undang melibatkan jenayah pengedaran dadah tetapi kini aktiviti sebenar NYPD telah terbongkar kerana mereka sebenarnya mengawasi orang Islam.
 
Wang tersebut dipercayai digunakan oleh anggota polis berpakaian biasa memantau pergerakan orang Islam termasuk menggunakan komputer khas untuk menyimpan maklumat seperti khutbah masjid dan majlis keagamaan serta profil pelajar.

Walaubagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh Presiden AS, Barack Obama.
“Saya benar-benar terkejut apabila mengetahui wang peruntukan kerajaan telah disalah guna untuk mengintip orang Islam,” menurut salah seorang Ahli Kongres yang menuntut Jawatankuasa Kehakiman dan Jabatan Keadilan menyiasat NYPD.
Aktiviti pengintipan tersebut terbongkar minggu lalu selepas beberapa pentadbiran kolej di serata negeri AS membuat aduan bahawa polis telah mencabuli hak pelajar Islam.




1 comment:

ZWAN SABRI said...

Kesianla masyarakat Islam kat sana.. HUHU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...