Mar 24, 2012

Tangan Budak Patah Kena Rembat - Wayne Rooney Minta Maaf..

Wayne Rooney minta maaf kepada penyokong patah tangan
Wayne Rooney memohon maaf kepada seorang kanak-kanak yang bernama Jamie Thomas apabila pergelangan tangannya patah akibat terkena bola rembatan penyerang itu ketika dia sedang memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lalu.

Kanak-kanak itu yang berasal dari Wem, Shorpshire, berada di Molineux untuk menyaksikan pasukan kesayangannya, United buat kali pertama. 

Namun malangnya buatnya, belum sempat menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecederaan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan bintang England itu yang terbang ke arahnya.

"Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya," tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin.

 



5 comments:

Cheqna said...

Kesian budak tu..

Arham Md Ali said...

Tapi rasa lama-lama jadi kenangan manis sebab Rooney tunjuk yang dia kisah pasal benda ni. Memang props dekat Rooney.

http://palereddot.blogspot.com/

Yatie Awang said...

kecian budak tu, tapi nak buat macam mana, sesuatu yg tak disengajakan

Khidhir said...

tu la. tapi bgus gak dia ni. nak gak mintak maaf

Dorris Angel said...

dapat jersi tp patah tangan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...