Pengurus Manchester City, Roberto Mancini percaya perebutan
kejuaraan Liga Perdana Inggeris bakal ditentukan pada aksi minggu ini. Mengikut perkiraan, peluang City memburu gelaran pertama sejak 1968
semakin sukar apabila mereka keciciran mata dan kini lima mata di
belakang pendahulu serta juara bertahan, Manchester United.
Jurang itu akan menjadi lapan mata sebelum mereka memulakan perlawanan menentang Arsenal esok sekiranya United menumpaskan QPR pada perlawanan lebih awal.
Jika United meraih tiga mata dan City pula kalah kepada Arsenal,
kelab dari Eastlands itu akan ketinggalan lapan mata dengan baki enam
perlawanan.
Mancini yang ditanya adakah misi mengejar kejuaraan mereka akan berakhir sekiranya senario itu berlaku berkata: “Ya jika kami kalah dan United menewaskan QPR.” City kehilangan mata apabila tumpas di Swansea dan seri dengan Stoke serta Sunderland namun pengendali dari Itali itu berkata: “Kami perlu berfikiran positif bagi mengharungi baki tujuh perlawanan.
Kelmarin, Mancini mengarahkan Balotelli supaya memperbaiki sikapnya selepas beliau mempertahankan pemain itu daripada tuduhan bergaduh dengan Yaya Toure di bilik persalinan.
Picture - manutd.com
No comments:
Post a Comment