Apr 19, 2012

Khidmat Kapal Angkasa Discovery Berakhir Di Muzium


Perkhidmatan kapal angkasa Discovery yang berakhir di sebuah muzium setelah melakukan penerbangan simbolik dengan diangkut di atas sebuah pesawat Boeing 747,sebelum ia ditempakan di Smithsonian National Air and Space Museum.

Discovery melakukan penerbangan simbolik selama sejam mengelilingi ibu kota AS sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dengan disaksikan oleh orang ramai.
 
Penerbangan sulung Discovery adalah pada tahun 1984 dan kali terakhir kapal itu menjalankan misi ke angkasa lepas adalah pada bulan Mac 2011 melibatkan perjalanan pergi balik ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang mengambil masa 13 hari.

Discovery ketika mengelilingi Kota AS
Kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) itu kelihatan lusuh selepas melakukan 39 misi ke angkasa lepas.

Discovery adalah yang tertua dan paling kerap terbang ke angkasa lepas berbanding kapal angkasa Endeavour dan Atlantis milik AS.

Menurut Pusat kawalan NASA, Discovery telah menghabiskan masa 365 hari di angkasa lepas dan terbang sejauh 241 juta KM sepanjang perkhidmatannya.









3 comments:

khairul said...

buat tukun

zizie said...

waa.. teringin nak naik... :)

RahsiaSocialBookmarking.com said...

dapat naik sekali best....

p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...