Apr 16, 2012

Penguin pun kena banci..

Penduduk Antartika pun kena banci.. tapi itulah yang berlaku ke atas penduduk bilangan penguin di Antartika apabila bancian pertama dijalankan mendapati jumlah mereka sudah mencecah 600,000 orang ekor iaitu dua kali ganda daripada anggaran sebelum ini.

Namun begitu, dengan menggunakan imejan satelit terkini, pakar-pakar sains menemukan sebanyak 44 kaum  koloni penguin jenis maharaja di situ, yang antaranya sebanyak tujuh lagi koloni yang tidak dikenal pasti selain beberapa koloni yang sedia ada semakin membesar daripada jangkaan.

Menurut saintis, menganggarkan jumlah spesies burung akuatik itu tanpa satelit adalah amat sukar kerana mereka hidup pada suhu -50 darjah Celsius dan berkoloni di kawasan lautan ais yang terpencil.

Jabatan Tinjauan Antartik Britain mengharapkan dengan jumlah tepat bilangan penguin iaitu sebanyak 595,000 ekor berbanding dengan anggaran sebelumnya iaitu sebanyak 270,000 ekor dan 350,000 ekor akan membantu menguruskan pemuliharaan dan mengesan perubahan iklim.

Penguin maharaja merupakan spesies terbesar di antara penguin, dan hidup di kawasan paling dingin di pedalaman dan merupakan satu-satunya baka yang mampu melalui musim sejuk terlampau di Antartika.

 


3 comments:

Jai Montana said...

hahaha...lagu mana la gaya kalau penguin punya pegawai perangkaan?hehehe.. ;-)

mia izzati said...

suka nengok penguinn...comeyyy

Nisa said...

They. Are. So. Cuttttttee! ♥ In another few years, they will conquer the world.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...