Motosikal Harley Davidson milik Yokoyama tersadai di sebuah pulau - AP |
Sebuah motosikal Harley Davidson yang hilang tatkala tsunami
melanda Jepun tahun lalu, ditemui 6,400 km jauhnya di sebuah pulau di Kanada.
Pemilik motosikal tersebut, Yokoyama dijejaki menerusi nombor plat yang tertera pada motosikal tersebut.
Yokoyama gembira motosikalnya ditemui semula |
Tiga anggota keluarganya mati dalam bencana itu yang melanda Mac 2011 dan dia kini tinggal di penempatan sementara di Miyagi.
Motosikal tersebut dikatakan antara barangan pertama disedari hilang selepas tsunami melanda Tokyo tahun lalu.
Warga Kanada, Peter Mark yang menemui motosikal itu memberitahu Fuji
TV, dia tidak percaya barangan seperti itu akan menyeberang Lautan
Pasifik.
Menurut laporan, dia menemuinya pada 18 April di Pulau Graham, di luar pantai British Columbia.
Apabila melihat nombor plat Jepun itu, dia terbayang kemungkinan motosikal itu hanyut dari Jepun akibat tsunami dan menghubungi stesen televisyen tempatan.
Fuji TV melaporkan, motosikal itu akan dihantar semula ke Jepun dan kedai yang menjualnya kepada Yokoyama akan membantu menguruskannya.
9 comments:
Assalammualaikum burn..
hurmm..dasat..pas setahun..kerangka asalnya masih elok lagi.hehehe
Info yg bagus
merenta benua motor tu
wahhh~ jauhnye moto tue hanyut...
dah rezeki dia lah tu ek...
mcm penyu jgk bnde alah ni merantau..huhu
jauh perjalanan
dari bebua ke benua
kunjungan gan .,.
Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.
Post a Comment