Apple semalam melancarkan iPad3 yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri tambahan bagi
memastikan ia terus menjadi tablet yang terkemuka di pasaran.
![]() |
Tim Cook semasa pelancaran iPad3 di Pusat Seni Yerba Buena, di San Francisco |
Model iPad baru itu mempunyai pemproses yang lebih berkeupayaan tinggi dan resolusi yang jelas berbanding iPhone 4S.
Ia juga berkemampuan dihubungkan dengan jaringan telekomunikasi LTE
4G yang mampu mempercepat proses pemindahan data berbanding model
sebelum ini.
iPad baharu tersebut dikatakan lebih tebal dan berat berbanding
iPad 2 ekoran gajet berkenaan dilengkapi bateri lebih besar dan
berkuasa.
Ciri-ciri lain yang terdapat pada iPad3 adalah seperti berikut:-
- Mempunyai ketebalan 9.4mm berbanding ketebalan iPad2(8.8mm) dan iPad generasi pertama(12.7mm).
- Berat model iPad3 yang dilengkapi Wi-Fi turut meningkat daripada 0.6 kilogram (kg) kepada 0.65kg manakala model yang menggunakan modem untuk mengakses data selular pula lebih berat.
- Memaparkan imej HD dan berkeupayaan tinggi.
![]() |
Antara ciri-ciri fizikal iPad3 |
Berat berkenaan meletakkan iPad baharu berada di antara iPad asal dan iPad 2.
Akan mula dijual pada 16 Mac ini di AS, Australia,
Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico, Singapura,
Switzerland, United Kingdom dan Kepulauan Virgin AS.
Admin: Masuk Malaysia bila? (Entah, admin pun tak tahu..biasanya ambil masa 3 -4 bulan)
9 comments:
bila la aku mampu nk pki ni
Dh jadi GM wajib pakai bro..
ui....dah ade ipad 3 da,huhu
ipad1 pun xmampu beli,inikan ipad3 serba serbi canggih.huaa..bila nak ada ne?.hadiahkan bro..boleh x?.hehehe
sekarang srmua canggih
belum adaipad ag
huu, ipad da msuk 3 generasi. bilalah dapat miliki ni.
dh nak kuar yg 3 plak dah..yg 1 pon x mmpu2 lg nih..demmm T___T
slm kenal,
cik ana
Bila dah keluar yang baru...yang lama suda turun rega laa....hehehe
Post a Comment