Mar 9, 2012

Apple Lancar iPad3!

Apple semalam melancarkan iPad3 yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri tambahan bagi memastikan ia terus menjadi tablet yang terkemuka di pasaran.

Tim Cook semasa pelancaran iPad3 di Pusat Seni Yerba Buena, di San Francisco
Model iPad baru itu mempunyai pemproses yang lebih berkeupayaan tinggi dan resolusi yang jelas berbanding iPhone 4S. 
 
Ia juga berkemampuan dihubungkan dengan jaringan telekomunikasi LTE 4G yang mampu mempercepat proses pemindahan data berbanding model sebelum ini.

iPad baharu tersebut dikatakan lebih tebal dan berat berbanding iPad 2 ekoran gajet berkenaan dilengkapi bateri lebih besar dan berkuasa.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada iPad3 adalah seperti berikut:- 
  • Mempunyai ketebalan 9.4mm berbanding ketebalan iPad2(8.8mm) dan iPad generasi pertama(12.7mm).
  • Berat model iPad3 yang dilengkapi Wi-Fi turut meningkat daripada 0.6 kilogram (kg) kepada 0.65kg manakala model yang menggunakan modem untuk mengakses data selular pula lebih berat.
  • Memaparkan imej HD dan berkeupayaan tinggi. 

Antara ciri-ciri fizikal iPad3
 
Berat berkenaan meletakkan iPad baharu berada di antara iPad asal dan iPad 2.

Akan mula dijual pada 16 Mac ini di AS, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico, Singapura, Switzerland, United Kingdom dan Kepulauan Virgin AS.


Admin: Masuk Malaysia bila? (Entah, admin pun tak tahu..biasanya ambil masa 3 -4 bulan)





9 comments:

Unknown said...

bila la aku mampu nk pki ni

burnkelans said...

Dh jadi GM wajib pakai bro..

Hidayu Bolia said...

ui....dah ade ipad 3 da,huhu

ecadwinkyasha said...

ipad1 pun xmampu beli,inikan ipad3 serba serbi canggih.huaa..bila nak ada ne?.hadiahkan bro..boleh x?.hehehe

azznie said...

sekarang srmua canggih

ayu said...

belum adaipad ag

anNaqia said...

huu, ipad da msuk 3 generasi. bilalah dapat miliki ni.

anamizu said...

dh nak kuar yg 3 plak dah..yg 1 pon x mmpu2 lg nih..demmm T___T







slm kenal,
cik ana

yastro said...

Bila dah keluar yang baru...yang lama suda turun rega laa....hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...