Penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di
Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, disahkan pihak Polis milik Nurul
Nadirah (Dirang), yang hilang sejak 1 Mac lalu.
![]() |
Mangsa bunuh & bakar - Dirang |
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, SP Roslan Zainuddin,
pengesahan dibuat selepas pihaknya menerima keputusan ujian
DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang,
Roselyn Alan, 25, hari ini.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul
Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi
segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan
rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek
termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan
berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Kes
tersebut akan disiasat di bawah S.302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding
sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.
Komen admin:
Sedih sebab kes seperti ini berulang lagi, semoga keluarga mangsa terus tabah menghadapi dugaan ini.
Apalah dosa anak kecil ini sehingga sanggup dibunuh dan dibakar, adakah ini yang selayaknya diperlakukan oleh manusia yang dikuniakan akal fikiran yang waras.. tidak dapat aku bayangkan perasaan anak kecil itu ketika dihujung nyawa..bagaimanalah keadaannya ketika itu..hanya Allah sahaja yang tahu..
Sebagai ibu bapa, marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari apa yang berlaku.
Al-Fatihah buat adik Dirang..
9 comments:
takziah pd keluarga mgsa..
Tertanya2 kemana hilangnya kemampuan untuk membuat satu pertimbangan yg waras! She's only a child that not yet had a change draw her own life.
Salam Belansungkawa
takziah utk keluarga mangsa. Bole lps ni lebih berhati2.
BAPAK dia pun kena tahan untuk siasatan? Ish5
Alfatihah. Syurga lah tempat adik Dirang.
Takziah kpd family n AlFatihah kpd adik Dirang...(T_T)
ada juga manusia yang sekejam itu..al-fatihah buat arwah adik Dirang
Al-Fatehah Buat Adik Dirang..
Jemput singgah ke blog Koding...
Saya mengikuti perkembangan kes ini dengan penuh linangan air mata. Tergamak sungguh mereka. Hanya Allah Maha Mengetahui...
Tempatnya pasti di Syurga....
Diharap para ibu bapa mengambil ikhtibar atas peristiwa yang telah berlaku. Keselamatan anak-anak kecil diberi perhatian utama. Sama-samalah kita menjaga keselamatan mana-mana anak kecil walaupun bukan anak sendiri.
Post a Comment