Mar 13, 2012

DNA Sah Milik Nurul Nadirah (Dirang)

Penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, disahkan pihak Polis milik Nurul Nadirah (Dirang), yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Mangsa bunuh & bakar - Dirang
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, SP Roslan Zainuddin, pengesahan dibuat selepas pihaknya menerima keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Kes tersebut akan disiasat di bawah S.302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.    

Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.


Komen admin: 

Sedih sebab kes seperti ini berulang lagi, semoga keluarga mangsa terus tabah menghadapi dugaan ini.

Apalah dosa anak kecil ini sehingga sanggup dibunuh dan dibakar, adakah ini yang selayaknya diperlakukan oleh manusia yang dikuniakan akal fikiran yang waras.. tidak dapat aku bayangkan perasaan anak kecil itu ketika dihujung nyawa..bagaimanalah keadaannya ketika itu..hanya Allah sahaja yang tahu..

Sebagai ibu bapa, marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari apa yang berlaku.

Al-Fatihah buat adik Dirang..





9 comments:

NURULHANIF said...

takziah pd keluarga mgsa..

Ahmad Saufe said...

Tertanya2 kemana hilangnya kemampuan untuk membuat satu pertimbangan yg waras! She's only a child that not yet had a change draw her own life.


Salam Belansungkawa

Muaz Faris said...

takziah utk keluarga mangsa. Bole lps ni lebih berhati2.

Cik Orkid said...

BAPAK dia pun kena tahan untuk siasatan? Ish5

Alfatihah. Syurga lah tempat adik Dirang.

KL@n@fana said...

Takziah kpd family n AlFatihah kpd adik Dirang...(T_T)

Yatie Awang said...

ada juga manusia yang sekejam itu..al-fatihah buat arwah adik Dirang

Koding said...

Al-Fatehah Buat Adik Dirang..

Jemput singgah ke blog Koding...

Bung Muzaffar said...

Saya mengikuti perkembangan kes ini dengan penuh linangan air mata. Tergamak sungguh mereka. Hanya Allah Maha Mengetahui...

Lily said...

Tempatnya pasti di Syurga....

Diharap para ibu bapa mengambil ikhtibar atas peristiwa yang telah berlaku. Keselamatan anak-anak kecil diberi perhatian utama. Sama-samalah kita menjaga keselamatan mana-mana anak kecil walaupun bukan anak sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...