Mar 12, 2012

Man Utd Bangkit, Lee Chong Wei Tarik Diri..

Liga Perdana Inggeris - Man Utd Pintas Man City

Manchester United kembali ke takhta liga apabila menang ke atas West Brom di halaman sendiri. Ternyata amaran yang dilaungkan Manchester United selama ini mengenai niat mereka memintas Manchester City di tangga teratas, bukan kenyataan angkuh apabila ia akhirnya berjaya dibuktikan.


Kemenangan 2-0 United ke atas West Brom di Old Trafford dan kekalahan mengejut City 0-1 di Swansea bermakna skuad kendalian Alex Ferguson memintas The Citizens buat kali pertama sejak Oktober lalu.

United kini memiliki 67 mata berbanding City yang kekal dengan 66 mata.


Final All England 2012 - Lee Chong Wei Tarik Diri

Kecederaan bahu kanan yang dialami oleh Datuk Lee Chong Wei nyata menghampakan seluruh rakyat Malaysia apabila beliau terpaksa menarik diri di set kedua diperlawanan akhir bertemu Lin Dan di National Indoor Arena, Birmingham.

Permainan Chong Wei kelihatan agak terbatas pergerakannya pada awal set kedua dan ketika dia ketinggalan pada kedudukan 2-6, pemain No.1 dunia itu memutuskan untuk tidak meneruskan permainan.

 "Saya rasa kami bermain baik dan dia (Chong Wei) juga bermain baik. Tetapi dia tidak mahu kecederannya menjejaskannya kerana saya tahu dia mahu bermain dan kami akan bertemu lagi di Sukan Olimpik," kata Lin Dan ketika ditemubual selepas perlawanan itu.
 
Perkembangan itu nyata mengecewakan ribuan penonton di stadium serta jutaan peminat badminton di serata dunia yang menanti-nantikan pertembungan epik antara dua jaguh perseorangan terbaik dunia masa kini.





5 comments:

teratai said...

biarkan kecederaan di bahu D. Lim C.W tu betul2 baik!

burnkelana said...

tul tuh.. jumpa lin dan kat olimpik nanti..

Anonymous said...

Glory..Glory Man United..... 2-0

Apai said...

GGMU !!!!

Albab said...

congrats buat MU yang udah bisa geser posisi Man City ! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...