Aug 23, 2005

APa KaTa MerEkA?

Hari nie aku berkesempatan mengechek email aku (lama dah tak bukak)... tu dia! 106 mesej kat dalam inbox, 20 kat dalam bulk!.. 106+20 = jumlah keseluruhan 126 mesej.. tu lah rajin sangat baca email...

Tapi aku tertarik ngan mesej yang satu nie.. so aku post kan supaya boleh aku berkongsi ngan korang...

Kalau lelaki handsome pendiam, Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam, Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat,Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat, perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu, perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu, Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar, perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar, perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas, perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas, perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati, perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati, perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

ARIOUS AMIGOS!

4 comments:

noname said...

i love this entry ;) try la buat yg opposite case pulak. kalau perempuan cantek & kalau perempuan tak cantek.. lelakinya macam mana pulak.. hihihih

anni said...

yna anni pon sken3 nih...cam kes pompuan kejam je plak erk..:)

puterakelana said...

Pempuan cantik vs pempuan tak cantik

kalo pempuan cantik diam, lelaki akan cakap.. sopan, diam tandanya setuju...

kalo pempuan tak cantik diam, lelaki akan cakap.. wei! cakaplah something! bisu ker..? muka dahlah macam mangkok jamban tak siap!

muahahaha...

p/s
cerita di atas tiada kene mengena ngan sesape pun.. kalo terasa mintak maaf banyak-banyak la yerk..

sepet_kuku said...

adat dunia...lumrah manusia kan...tapi, tak semua pompuan yang cengitu... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...