Sep 26, 2010

Penantianku Berakhir

26 September 2010 @ 10.30 pagi

Alhamdullilah.. berakhirnya satu penantian..penantian 9 bulan akhirnya terungkai jua.. isteriku selamat melahirkan cahaya mata ke-2 kami setelah di admitted di HSI semalam.


Rasa bersyukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang menemani isteriku di dalam labour room.

Aku tahu, itu lah saat genting bagi seorang yang bergelar ibu yang sedang bertarung nyawa bagi melahirkan zuriatnya..dan ketika itulah dia memerlukan sokongan moral dari aku..

Keinsafan & rasa takjub dengan ciptaan Allah kerana Allah itu Maha Pencipta...

Nama? setakat nie.. kami dah pikirkan 2-3 nama yang asalnya pun dicetuskan oleh adik aku sendiri..

1. Zarifuzaki
2. Zarifuzakuan
3. Zarifuzafuan

Hermmmm... buat masa nie doktor ckp esok baru bleh keluar Hospital.. Disebabkan itu jugalah aku terpaksa ambil cuti untuk beberapa hari nie bagi menguruskan apa-apa yang patut..

Gambar? nanti dululah yer... surprise!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...