Dec 22, 2010

Apa Kandungan Mi Segera?

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.


Baru tahu..? ke memang dah tahu tapi buat-buat tak tahu? Mi segera memang popular dikalangan penuntut universiti.. (termasuklah aku dulu...hehehehe..) mudah didapatkan & mudah sediakan.. Macam-macam ada.. Kari.. Tomyam.. just name it...

Tapi bila diperiksa kandungan dalam proses membuat mi segera nie.. agak mengerikan jugaklah.. So, kepada pemelahap-pemelahap mi segera.. sudah tiba masanya anda menukar tabiat pemakanan anda..

3 comments:

Bulan Purnama said...

bahaya owww megi..

burnkelana said...

bukan megi saje.. tapi semua sepupu sepapat diorang..

Hairun Azmi said...

Aduss...dasyatnyer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...