Dec 25, 2010

SERANG HABIS-HABISAN!

SERANG habis-habisan. Mungkin itulah strategi yang bakal digunakan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Ini kerana Indonesia berkemungkinan mengamalkan corak bertahan sambil mengharapkan serangan balas bagi mencari gol dengan anggapan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta akan memihak mereka.

“Saya mahukan kemenangan pada perlawanan esok. Selepas kami berjaya ke perlawanan akhir dengan laluan yang sukar dan kini peluang bermain di tempat sendiri, ini peluang terbaik untuk mencipta sesuatu,” katanya pada sidang media semalam.

Rajagobal menjelaskan beliau tidak melakukan sesuatu luar biasa untuk menghadapi final cuma satu perlawanan persahabatan bagi menguji barisan pemain simpanan.

“Selain itu saya juga memberi penekanan dan peringatan kepada pemain berkenaan kawasan dan pemain yang perlu dikawal rapi kerana masing-masing sudah mengetahui corak permainan apabila bertemu di peringkat kumpulan serta mungkin analisis yang dilakukan kedua-dua pihak.

Beliau juga boleh menarik nafas lega apabila pemain sayap yang mengalami kecederaan, Mohd Amirulhadi Zainal sudah kembali menjalani latihan seperti biasa manakala Mohd Khyril Muhyameen Zambri masih belum cergas sepenuhnya.

“Saya masih mempunyai masa untuk menilai kecergasan Mohd Amirulhadi dan peluangnya untuk bermain pada perlawanan akhir esok,” tambahnya yang dilihat turut menguji penjaring terbanyak Liga Super musim ini, Mohd Ashaari Shamsuddin.

Malaysia masih belum memenangi kejohanan ini yang mula dikenali sebagai Piala Tiger dengan pencapaian terbaik adalah layak ke perlawanan akhir pada edisi sulung 1996 namun tewas 1-0 kepada Thailand.

Source: MyMetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...