Dec 8, 2010

MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN KE - 2 !

Malam ini pasukan bola sepak Malaysia mencipta sejarah apabila membelasah Laos 5 - 1. Satu pencapaian yang memberangsangkan setelah tewas dengan jaringan yang sama kepada Indonesia dan terikat tanpa jaringan menentang Thailand.

Kegagalan Thailand bagi mendapatkan kemenangan apabila bertemu Indonesia memberikan Malaysia satu lagi peluang untuk layak ke semi final. Apa yang boleh aku komen mengenai perlawanan tadi, Malaysia bermain bijak, kawalan bola & hantaran bola yang kemas serta corak permainan yang berbeza.

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia memperolehi 2 gol. Semangat pemain bagi menambah gol semakin memuncak, asakan demi asakan menyebabkan pertahanan Laos hilang punca dan akhirnya Malaysia menambah lagi 3 gol pada separuh masa kedua yang mana ketiga-tiga gol tersebut banyak dibantu oleh kesilapan permain pertahanan Laos.

Setakat ni, aku lihat percaturan pemain Malasyia nampak menjadi & berhasil menjaringkan gol..Bahagian pertahan Malaysia boleh dikatakan beraksi sangat cemerlang apabila berjaya mematahkan serangan pihak lawan.

Keputusan penuh...

                                           MALAYSIA 5 - LAOS 1

2 comments:

Syazwana said...

tak dapat tengok
kene study for exam
:(

burnkelana said...

takpe..exam lagi penting..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...