Jam menunjukkan 12:28 pagi.. bagi umat Islam, terbenamnya mentari semalam merupakan berakhirnya satu episod kehidupan dan bermulanya helaian baharu.
Bagi aku, tahun ini agak bermakna..kehadiran ahli baru menambah keceriaan & kebahagiaan keluarga kami.. Alhamdulillah, orang kata rezeki anak.. selepas 6 bulan bersusah payah, akhirnya aku di confirmkan.. sebenarnya bukan 6 bulan jer pun.. dah 4 tahun makan gaji as contract staff..
Begitulah dugaan & cabaran yang terpaksa aku hadapi untuk tahun ini.. Bergelar seorang "Ayah".. perhatian aku hanya adalah untuk isteri & anak-anak.. baru aku tahu betapa beratnyer menjadi seorang ayah.. Namun tidak pernah sesekali aku mengeluh.. kerana aku pasti, rezeki itu tetap ada..
No comments:
Post a Comment