Dec 27, 2010

MALAYSIA ROBEK GAWANG INDONESIA (3-0)

Indonesia pulang hampa apabila gawang mereka dirobek dalam aksi final Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi..

Kehadiran Gonzales yang dikatakan hebat nyata tenggelam apabila dikawal ketat oleh pemain pertahanan Malaysia. Bambang masuk menggantikan Gonzales, namun dia juga gagal membolosi pemain pertahanan Malaysia.



Babak pertama menyaksikan keputusan tanpa jaringan dengan penjaga gol Indonesia dilihat kerap kali melengah-lengahkan masa dengan mengadu menjadi sasaran pancaran laser oleh penonton yang tidak bertanggungjawab.

Babak kedua bermula dengan pertukaran pemain Malaysia (Amirulhadi) dan strategi K Rajagopal menampakkan hasil apabila Idlan Talaha berjaya mencuri bola dari pertahanan lawan lalu dilorongkan kepada Safee Sali untuk gol pertama Malaysia.

Pemain jersi 26 ((Ashari )yang masuk menggantikan Amirulhadi membuktikan kebolehannya menjaringkan gol ke 2 Malaysia.Safee Sali nampak garang apabila menambah lagi gol dengan tandukan ke gawang lawan.

Kini Malaysia mempunyai bekalan selesa untuk dibawa ke aksi final ke-2 yang akan diadakan di Indonesia pada 29 Disember 2010 / Rabu nanti.

Aku harap, Malaysia dapat mengekalkan rentak permainan yang sama dan dapat menangkis asakan lawan yang bermain ditempat sendiri nanti..

Malaysia pasti akan membawa pulang Piala AFF Suzuki ke tanah air setelah 14 tahun mencuba..

Gol 1 = Safee Sali
Gol 2 = Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi
Gol 3 = Safee Sali



4 comments:

Along Tapa said...

bro..tersilap ni..1st goal, nurshahrul yang pass kalo tak silap aku...2nd goal,ashaari ibrahim.yang score..bukan amirulhadi..dia dah keluor dah masa tu..3rd goal baru safee sali tanduk...

Gorengbaek - Ini teknik-teknik penting untuk berjaya...

Hangit habis dah - Aku pantang betul jenis orang cenggini

ceritabest said...

ChaiYok HaRiMaU mAlAYa...bAham TerUs gaRuda..huhu
entri terbaru : Lucah Ke Macam Nie ?

Cempakamelati said...

Ramai orang buat entry tajuk ni hari ni...tahniah Malaysia menang..suka sangat. Tapi ada kata Indonesia kalah sebab ada gangguan laser ke apa tah tadi kat berita.

Miecyber said...

Waduuhh... Malaysia menang kerna pakei laser...

Usah ribut ribut deh....

Tips apabila di gigit lintah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...