PENYOKONG INDONESIA FANATIK TAK KENA TEMPAT! Isu laser bukan isu sebenar kekalahan pasukan Indonesia pada perlawanan akhir pertama tempoh hari.. daripada pandangan aku.. Indonesia hanya jaguh kampung.. manakan tidak dari peringkat kumpulan sehinggalah peringkat separuh akhir mereka bermain ditempat sendiri yang mana sudah tentu memihak kepada mereka..
Dan terbukti sekiranya kita lihat kembali pada pertemuan peringkat kumpulan dahulu.. Penjaga gol Malaysia juga menjadi mangsa laser oleh penyokong Indonesia.. tapi kita tak pernah jadikannya isu kerana sedar kekalahan tersebut adalah disebabkan oleh kesilapan pemain kita sendiri.
Sekiranya diulang tayang saat-saat gol dicipta oleh Safee (2) & Ashari (1) pada pertemuan kelmarin, terbukti gol-gol tersebut tiada kena-mengena dengan pancaran laser..
Apa yang boleh aku katakan sebenarnya penyokong Indonesia tidak boleh menerima kekalahan mereka..
Jadi, aku harap Malaysia dapat bermain baik seterusnya menjaringkan gol bagi menutup keangkuhan & mulut penyokong-penyokong Indonesia..
8 comments:
Lantak lah apa org indon nak ckp kita tetap juara....
Malaysia TERBAIK!
betul tu.. terbaik dari ladang.. hehehe..
aku quote ayat bapak aku..."alaa...main dalam hujan air masuk mata boleh jek main lagi...setakat lampu lazer tu pun nak kecoh2"..huhu~
Gorengbaek - Sebab-sebab berlakunya kes pembunuhan terlampau
Hangit habis dah - Perihal kereta...macam-macam...
don't wory msia mesti menang punyerlah!
jom ilangkan ketengangan final mlm ni dgn pantun seloka sang harimau malaya sang garuda
http://odahone.blogspot.com/2010/12/aff-suzuki-cup-pantun-seloka-sang.html
takut lah dia orang benda yang sama nanti.. dia orang ni lagi lah macam anak kecil, asik nak cakap benda yang tak logik je.. bukan sebab tu Malaysia menang n Indonesia kalah.. em kekadang terfikir balik macam bola ni boleh bawak mudarat kat negara kot.. boleh jadi haram permainan bola sepak ni..
Markus tu ja lebih2.. keeper malaysia kena laser rilexs ja.. baru anak jantan.. nie indon merungut ja lebih
diorang nie memang suka wat provoke jerk.. sentap sebab kalah..
Post a Comment