Jan 26, 2011

Rooney Mampu Bangkit

BLACKPOOL: John O’Shea percaya Wayne Rooney akan menemui semula sentuhan tajam menjaringkan gol bagi membantu Manchester United mengukuhkan kedudukan dalam persaingan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris.

United akan menentang Blackpool hari ini dalam perlawanan yang jadualnya disusun semula dan menyedari kemenangan akan mengukuhkan kedudukan mereka di puncak liga dengan perbezaan lima mata.

Pertahanan antarabangsa Ireland, O’Shea menegaskan dia dan rakan sepasukan lebih menghargai kehadiran Rooney beraksi berbanding gol.“Kami tahu dia sentiasa melakukan yang terbaik untuk pasukan.

Pertahanan antarabangsa Ireland, O’Shea menegaskan dia dan rakan sepasukan lebih menghargai kehadiran Rooney beraksi berbanding gol.
“Kami tahu dia sentiasa melakukan yang terbaik untuk pasukan.

“Dia akan kembali menemui sentuhannya kerana dia seorang pemain yang berkualiti dan turut mencipta gerakan serta peluang kepada pemain lain,” katanya.

Penyerang England itu hanya menjaringkan satu gol jaringan padang musim ini dan gagal memanfaatkan peluang terbuka untuk menjaringkan gol dari jarak dekat apabila tandukannya tersasar, Sabtu lalu.

Barisan Sir Alex Ferguson berada di prestasi terbaik selepas memalukan Birmingham 5-0 Sabtu lalu untuk mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 22 perlawanan tetapi peningkatan prestasi Rooney belum dibalas dengan jaringan gol.
Rooney berpuashati dengan peranannya apabila mencipta gerakan bagi menghasilkan tiga daripada lima gol ketika membenam Birmingham yang turut menyaksikan gandingannya Dimitar Berbatov mencipta hatrik. - AFP

Sumber: Berita Harian@25 Januari 2010

5 comments:

iwan_dextrous said...

of coz ler..hahaha

mabk.abubakar said...

jom tengok game pagi nanti Man Utd vs Blackpool..

biskut said...

ya sure...rooney pasti dapat score pagi nih.

viva la UNITED!

hans said...

hohoho
rooney kena rehat kejap la rasanya

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

mabk.abubakar said...

lama sgt dah rehat dia tu.. game ngan blackpool pun tak berapa nak bagus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...