Showing posts with label Manchester United 2011. Show all posts
Showing posts with label Manchester United 2011. Show all posts

Dec 23, 2011

Kemenangan Man Utd ke atas Fulham (5 - 0) tak berbaloi



Persembahan bertaraf lima bintang Manchester United ketika membelasah Fulham 5-0 di Craven Cottage, semalam dibayar dengan harga yang tinggi apabila dua tonggak Phil Jones dan Ashley Young ditimpa kecederaan. 

Kedua-dua pemain itu dijangka tidak akan kembali beraksi dalam tempoh terdekat.

Jones yang menggantikan Rio Ferdinand yang tercedera pada saat akhir di pertahanan tengah, terpaksa dikeluarkan hanya selepas 20 minit permainan selepas dia disiku pemain lawan, Clint Dempsey.

Young yang dibawa masuk menggantikan Jones, turut menerima nasib sama akibat dibentes Dickson Etuhu.

Jones, 19, dikhuatiri patah tulang pipi dan mungkin perlu berehat selama enam minggu.

"Beberapa pemain kami tercedera... dagu Phil Jones disiku dan dia akan dihantar untuk menjalani ujian imbasan, ia sememangnya membimbangkan.

“Rio akan kembali untuk perlawanan Blackburn pada ambang Tahun Baru manakala Ashley tidak akan dapat beraksi untuk dua atau tiga minggu. 






Read more...

Dec 7, 2011

UEFA Champions League - FC Basel vs Man Utd - Live Streaming!

Watch live streaming UEFA Champions League FC Basel vs Man Utd !




Live Streaming @sportlemon
Date: 7 December 2011, Kick off - 1945  


Note: 
Access to the website is base on the traffic

Read more...

Nov 22, 2011

Champions League - Man Utd vs Benfica - Live Streaming!





Venue: Old Trafford Date: Wednesday, 23 November Kick-off: 3.45 a.m 

Watch Live Streaming @ sportLEMON.tv

Read more...

Oct 24, 2011

Man Utd dimalukan dilaman sendiri..


Pagi-pagi ni dtng kerja, org dok komen Man Utd kena bedal dgn MC 1-6.. tapi aku mengambil pendekatan positif..

Malas nak komen pasal kekalahan memalukan Man Utd dengan jirannya MC.. Kekalahan pertama Man Utd menunjukkan Man Utd tidak boleh terus mendabik dada dengan keputusan-keputusan yag dicapai sebelum ini dan mereka perlu mencari formula baru utk perlawanan akan datang..

MC kini berada di takhta liga dengan kelebihan 5 gol, kedua Man Utd dan berada di tempat ketiga ialah Chelsea dgn  1 mata di belakang Man Utd. setelah kalah dgn QPR   1-0..

Takpe.. banyak game lagi lepas ni.. Mungkin pepatah kat bawah nie boleh sejukkan sikit perasaan peminat Man Utd (mcm aku nie.. hehehe)

"Champion isn't the one who never loses.. Champion is the one who never gives up!"




Read more...

Oct 17, 2011

Giggs bersalah..

Sir Alex Ferguson menyalahkan Ryan Giggs selepas pemain sayap veteran itu meninggalkan benteng yang dibina sekali gus membenarkan Liverpool menjaringkan gol di Anfield malam kelmarin.

JELAS, kelihatan Giggs mengelak bola yang dirembat oleh Gerrard..
Giggs bersalah kerana meninggalkan benteng terbabit dengan kapten Liverpool itu yang menandakan penampilan pertama dalam tempoh tujuh bulan selepas kecederaan menerusi sepakan percuma yang mengagumkan.

“Ia adalah sangat sukar,” kata Ferguson, yang mempersoalkan sama ada sepakan percuma itu patut diberikan lebih awal selepas Rio Ferdinand menjatuhkan Charlie Adam.

“Pengadil perlawanan berada dalam tekanan yang tinggi dan saya tidak terkejut mereka mendapat sepakan percuma. “Namun kami mesti bertahan dengan lebih baik. Ia sama seperti musim lalu. Pemain sayap meninggalkan benteng dan ia adalah permainan pertahanan yang teruk.

“Saya tidak fikir mereka cukup mengancam sehingga mereka menjaringkan gol namun kemudian perlawanan terus terbuka dan kami mengambil peluang. Dalam situasi hari ini (malam kelmarin) keputusan adalah adil.” Rooney hadir menggantikan Park Ji-Sung pada minit ke-69 dan Ferguson berkata keputusan untuk meletakkannya di bangku simpanan adalah kerana pemain terbabit sudah mengharungi minggu yang sangat teruk.

Gol Hernandes penyelamat Man Utd
Pemain gantian, Javier Hernandez memastikan rekod tanpa kalah United berterusan menerusi jaringan lewat perlawanan untuk keputusan seri 1-1 di Anfield.

Read more...

May 27, 2011

Selamat Tinggal Van De Sar..

Van De Sar

Final Liga Juara-Juara hujung minggu ini adalah merupakan perlawanan terakhir buat Van De Sar selepas dia buat keputusan untuk bersara. 

Bagi Alex, Van De Sar merupakan penjaga gol sepanjang zaman & sepanjang bersama united, mamat tinggi lampai tu dah 12 kali merangkul gelaran "Champion EPL"! (peerrggghhhh..)
Aku rasa memang dah tiba masanyer dia letak jawatan (dah lama sangat dah..) Namun begitu, bukan senang nak mencari penggantinya.. Manakan tidak, satu eropah diorang dah bertapa semata-mata nak cari pengganti yang sesuai & kalau bleh yang setanding dengan Van De Sar..

David De Gea
Dan akhirnya.. selepas merantau beribu-beribu batu.. Man utd telah membuat keputusan untuk mengikat David De Gea dari Atletico Madrid yang dikatakan pantas, tenang & dapat mengawal gawang dengan baik..

Media British berkata, perjanjian sudah dirangka buat De Gea yang bernilai 21 juta euro (RM88.2 juta). Media Sepanyol melaporkan pengumuman akan dilakukan Isnin ini..



Read more...

May 23, 2011

The 19th Moment!




In the dressing room

Park & Evra

Gigs with the 12th times trophy

Owen 1st Trophy with Man Utd

Walking for the glory

Rooney & son


Read more...

May 14, 2011

Manchester United have won a record 19th English league title!

The Reds secured the trophy – the team’s 12th under Sir Alex Ferguson’s stewardship – by coming from behind to draw 1-1 at Blackburn Rovers on Saturday, thus eliminating any mathematical possibility of being caught by Chelsea. United captain Nemanja Vidic will now lift the Barclays Premier League trophy next Sunday at Old Trafford after the Reds face Blackpool.

CONGRATULATION for Manchester United!





Read more...

May 6, 2011

Kami tidak gentar - Ferguson

Manchester United akan turun dengan misi balas dendam di Stadium Wembley menentang Barcelona pada final Liga Juara-Juara, 28 Mei ini. Skuad The Red Devils itu menempah slot ke final selepas menyingkirkan Schalke 04 pada separuh akhir.

Selepas menewaskan Schalke 2-0 minggu lalu, United menang 4-1 di Old Traf- ford awal pagi semalam, sekali gus mara dengan agregat 6-1. Kini, skuad bimbingan Alex Ferguson itu berpeluang untuk memadam memori pahit kekalahan kepada Barca pada final 2009 di Rom dan akan beraksi di Wembley dengan tahap keyakinan yang tinggi
.
Gambar Hiasan

"Kami tidak perlu takut kepada Barcelona dan kami akan bermain pada final di Wembley dengan penuh yakin. "Prestasi kami sangat baik dan musim ini juga amat luar biasa bagi kami.
"Tidak perlu berasa gentar dan kami juga tidak perlu menyerah kalah. Tugas kami ialah mencari jalan untuk menghalang Barcelona daripada menang. "Sudah pasti saya lebih gembira kalau kami berdepan kelab lain di final tetapi sejak awal musim lagi kami mahu menentang Bacelona di final."

Ferguson yang masih kecewa dengan kekalahan 0-2 kepada Barca di Rom berkata, pasukan itu tersilap langkah pada aksi final tersebut. "Mereka berada pada tahap terbaik tetapi kami lebih berpengalaman dan prestasi kami juga semakin bagus."



Awal pagi semalam, pengurus The Red Devils itu membuat lapan perubahan dalam skuadnya yang tewas kepada Arsenal pada Ahad lepas. "Saya tidak tidur memikirkan kekalahan itu. Saya bangun empat kali dan senarai- kan empat pasukan yang berbeza.

"Tetapi apabila melihat pasukan kamu beraksi hebat seperti ini, kamu akan fikir tiada sebab untuk tidak menurunkan pemain-pemain ini." - Agensi

Read more...

May 5, 2011

Man Utd vs Schalke 04 - Lets Predict!


After Barcalona won against Real Madrid.. Now its time for Man Utd walk to the final.. Kick off @ 2.45 am this morning..

My prediction? hahahaha.. after lost against Arsenal.. I'm doubt.. but I think Man Utd will play as usual looking the right time to make score...

Anyway.. lets enjoy the game.. for those predict the best score.. I have something for you..!

Hehehehe.. you have only 1 hour 15 minutes before the kick off..





My prediction Man Utd-2 S04-1...




Read more...

Apr 19, 2011

Impian Man Utd Lebur di tangan Yaya Toure

LONDON: Yaya Toure memusnahkan impian Manchester United untuk meraih tiga piala apabila membantu Manchester City menewaskan pesaing setempat itu 1-0, awal pagi semalam bagi menempah tiket ke final Piala FA bulan depan.

Pemain tengah Ivory Coast itu memastikan City berada di landasan tepat untuk memenangi kejuaraan pertama selepas 35 tahun dengan memanfaatkan kesilapan lawan seposisi dari United, Michael Carrick pada minit ke-52 bagi memastikan hala tuju pertemuan separuh akhir yang mendebarkan itu di Wembley.


Pendahulu liga, United yang layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara, bermain dengan 10 pemain apabila Paul Scholes dibuang padang selepas kekasaran ke atas pemain pertahanan City, Pablo Zabaleta, ketika harapan untuk mengulangi pencapaian menjulang tiga piala seperti mana 1999, berkecai.

Pengurus City, Roberto Mancini tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas wisel penamat dengan menghadiahkan kemenangan itu kepada puluhan ribu penyokongnya yang begitu mengagumkan ketika berada di Wembley buat kali pertama selepas lebih daripada satu dekad. “Saya sangat gembira namun saya lebih gembira untuk penyokong kami kerana mereka berhak menikmati hari seperti ini,” kata Mancini. “Untuk kami ia adalah sangat penting, namun tidak harus lupa untuk beraksi satu lagi perlawanan. Kami hanya baru menang separuh akhir.” Penjaring gol tunggal perlawanan itu, Toure pula pula sangat gembira kerana dapat menewaskan United.

“Mencatatkan kemenangan ke atas pesaing terbesar dalam EPL adalah sangat hebat,” kata Toure. “Apabila anda bermain seperti separuh masa kedua, ia sangat hebat.

“Saya sangat gembira menjaringkan gol untuk peminat - mereka sudah menanti 35 tahun untuk memenangi sesuatu dan kemenangan ini sangat indah untuk Manchester City.

“Kami sedar kami perlu kuat kerana saingan masih belum berakhir.” Pengurus United, Sir Alex Ferguson menyalahkan kecuaian bahagian pertahanan yang menyebabkan kekalahan itu.

“Tempoh 15 minit pertama separuh masa kedua menyebabkan kami tewas,” kata Ferguson.

“Kecuaian. Edwin (van der Sar) membuat sepakan teruk dan Michael Carrick gagal menanganinya dengan baik membolehkan gol itu dihasilkan. Adalah mengecewakan kerana kami sepatutnya berada di depan pada separuh masa pertama kerana kami bermain lebih baik daripada mereka,” katanya kepada MUTV.

City sememangnya layak bergelar pemenang selepas meningkatkan permainan mereka selepas rehat untuk mendominasi pihak lawan.

United sepatutnya mendahului selepas permainan yang luar biasa pada suku pertama perlawanan yang menyaksikan Berbatov bermula selepas ketiadaan Wayne Rooney yang digantung terlepas dua peluang terbaik berselang satu minit.

City memulakan separuh masa kedua seperti sebelum rehat, menekan dan menggugat United setiap masa.

Ia tidak mengambil masa lama untuk City - yang tampak lebih bersemangat dalam melakukan hadangan serta menekan United tanpa henti setiap kali berpeluang - untuk mendahului.

Namun jaringan City itu bergantung penuh kepada permainan teruk Carrick yang terlepas bola kepada Toure di pinggir kotak penalti sebelum bekas pemain Barcelona itu menerpa untuk menjaringkan gol.




Pertemuan sengit itu menyaksikan Balotelli menjadi pemain kedua City dilayangkan kad kuning sebelum kesabaran pengadil perlawanan, Mike Dean akhirnya sampai ke kemuncak pada minit ke-72 apabila Scholes dilayangkan kad merah kerana terjahan keras ke paha Zabaleta.

United amat terdesak untuk bangkit namun kejayaan City tidak dapat dinafikan.

City bersorak gembira selepas wisel penamat, namun Balotelli dan pertahanan United, Rio Ferdinand terpaksa dileraikan pemain dan staf kejurulatihan kerana terbabit di dalam pertengkaran. -AFP

 Source: MyMetro, Man Utd

Read more...

Apr 16, 2011

FA Cup: Manchester City vs Manchaster United - My Second Prediction!


Hermmm.. quite hard for me to predict this game.. what do you think? anyway, I think Man Utd will win the game 2-0 if they can maintain the momentum play as champion..

This is the chance for Ji-Sung Park to prove himself after scored the winning game against Chelsea last Tuesday.

"I haven't won the FA Cup - it's the only one title [I haven't won] since I joined Manchester United so hopefully this season I can win the FA Cup. It's got great history throughout the world and hopefully I want to enjoy that competition more." Said Ji-Sung Park.

Good Luck for Man Utd, the Cup just around the corner!









Read more...

Apr 13, 2011

How My Prediction?





credit for Man Utd.com

In my previous entry.. I did mentioned Man Utd will win 2-1 against Chelsea.. Hahahaha.. how my prediction? I'm GOOD in prediction rite ? huhuhu..awesome! & finally Chelsea lost.. Wah.. I'm very happy loh.. Chelsea lost everything this year.. no Cup anymore for Chelsea.. hehehehe.. 

credit for Man Utd.com
Park being the HERO in the match when scored the second gol (77) while Hernandes be the 1st scorer (44).. 

The South Korean midfielder swiftly ended any hopes of a Chelsea comeback with a razor-sharp finish to prevent a nervous finale and send United storming into the Champions League semi-finals.

"Hopefully I'm just hitting top form at the right time really.
"It's nice to play well and it's nice to win the big games."
- Michael Carrick on emerging as a key figure

Park's energetic input has long been recognised by the fans and Carrick has paid his own tribute to the 30-year-old who specialises in big-match goals.

"Typical Ji," Carrick told MUTV. "The lads love him.



Anyway, enjoy pic kat bawah nie.. hehehehe.. mungking boleh menggambarkan apa yang berlaku dalam game tu..
Source: Internet

So pemenangnyer adalah AKU SENDIRI! hehehe...(tahniah burn..!)


Read more...

Apr 12, 2011

Champion League: Man Utd vs Chelsea


Don't forget to watch the second round of Quater Final clash between Man Utd & Chelsea at Old Trafford tonight! & the kick of will be on 2:45 am (Malaysia's time).

Lets song together.. Man U !.. Man U !.. Glory for Man U!

Ok..ok..ok.. marah nampak.. oklah.. agak-agak korang sape menang malam nanti? Apalagi drop lah comment, sape teka dengan tepat termasuk jumlah golnyer nanti aku bagi cenderahati!

Hahaha.. aku rasa Man Utd menang 2-1..





Read more...

Apr 2, 2011

Rooney Stunning Second Half Hat-Trick

2     -   4
Separuh masa pertama menyaksikan gawang Man Utd dibolosi melalui 2 sepakan penalti  yang terhasil akibat dari kesilapan pertahanan Man Utd sendiri.

Namun, Sir Alex membuat beberapa perubahan di separuh masa ke-2 termasuklah membuat pertukaran beberapa pemain dan hasilnya sebiji demi sebiji gol disumbat ke gawang lawan.



Man Utd semakin jauh meninggalkan pesaing terdekat (Arsenal) dengan menambah 3 lagi mata menjadikan Man Utd pendahulu dengan 66 mata.

West Ham   2

Noble (11, 24)

Man United   4

Hernandez (83), Rooney (66, 72, 78)






 

Read more...

Mar 30, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN BUANG MASA! - Alex


PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson menyifatkan aksi persahabatan antarabangsa sebagai membuang masa.

Katanya, pemain sepatutnya bermain dalam perlawanan besar seperti kejuaraan Eropah dan Piala Dunia.


“Saya tidak menggemari perlawanan persahabatan antarabangsa, ia tidak perlu dan sesuatu yang membuang masa.

“Pemain terdedah kepada kecederaan dan menjejaskan aksi mereka di peringkat kelab,” katanya.

Minggu ini menyaksikan tujuh pemain United dipanggil mewakili pasukan kebangsaan masing-masing antaranya Wayne Rooney, Nani, Javier Hernandez, Antonio Valencia, Darron Gibson, Patrice Evra dan Jonny Evans. 

Sumber: SinarHarian

Read more...

Feb 5, 2011

Neville Tak Nak Jadi Parasit!

MANCHESTER: Gary Neville berkata, dia mengambil keputusan untuk bersara selepas menyedari hanya menjadi ‘penumpang’ dalam pasukan Manchester United.
Bekas pertahanan England itu mengumumkan persaraannya kelmarin sekali gus menamatkan karier di United di mana dia pernah menjulang Piala Juara-Juara dan lapan kejuaraan Liga Perdana Inggeris serta beberapa trofi lain.




Bercakap kepada saluran televisyen United, Neville berkata, soal persaraan itu sudah difikirkannya selepas tamat perlawanan menentang West Bromwich Albion pada bulan lalu. - AP- AP


Read more...

Jan 27, 2011

RAFAEL MISSED FA CUP!

United moved five points clear of the chasing pack in the Barclays Premier League title race, but this was a far from straightforward three points as the Reds had to come back from a two-goal deficit and a below-par performance for almost 70 minutes of this clash at Bloomfield Road.




Ian Holloway’s side were 2-0 up and the better side at half-time after headed goals from poorly defended corners from Craig Cathcart and DJ Campbell. But with the home side’s tempo and energy expended, and with substitutes Ryan Giggs and Javier Hernandez providing pace and penetration, the final 20 minutes was all one-way traffic. Dimitar Berbatov got the first of two goals after 72 minutes, then Hernandez equalised before his Bulgarian strike-partner completed the dramatic turnaround with two minutes of normal time remaining – although there were ten minutes of added time to survive due to a serious head injury suffered by Rafael.

Source: http://www.manutd.com

Read more...

Jan 26, 2011

Rooney Mampu Bangkit

BLACKPOOL: John O’Shea percaya Wayne Rooney akan menemui semula sentuhan tajam menjaringkan gol bagi membantu Manchester United mengukuhkan kedudukan dalam persaingan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris.

United akan menentang Blackpool hari ini dalam perlawanan yang jadualnya disusun semula dan menyedari kemenangan akan mengukuhkan kedudukan mereka di puncak liga dengan perbezaan lima mata.

Pertahanan antarabangsa Ireland, O’Shea menegaskan dia dan rakan sepasukan lebih menghargai kehadiran Rooney beraksi berbanding gol.“Kami tahu dia sentiasa melakukan yang terbaik untuk pasukan.

Pertahanan antarabangsa Ireland, O’Shea menegaskan dia dan rakan sepasukan lebih menghargai kehadiran Rooney beraksi berbanding gol.
“Kami tahu dia sentiasa melakukan yang terbaik untuk pasukan.

“Dia akan kembali menemui sentuhannya kerana dia seorang pemain yang berkualiti dan turut mencipta gerakan serta peluang kepada pemain lain,” katanya.

Penyerang England itu hanya menjaringkan satu gol jaringan padang musim ini dan gagal memanfaatkan peluang terbuka untuk menjaringkan gol dari jarak dekat apabila tandukannya tersasar, Sabtu lalu.

Barisan Sir Alex Ferguson berada di prestasi terbaik selepas memalukan Birmingham 5-0 Sabtu lalu untuk mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 22 perlawanan tetapi peningkatan prestasi Rooney belum dibalas dengan jaringan gol.
Rooney berpuashati dengan peranannya apabila mencipta gerakan bagi menghasilkan tiga daripada lima gol ketika membenam Birmingham yang turut menyaksikan gandingannya Dimitar Berbatov mencipta hatrik. - AFP

Sumber: Berita Harian@25 Januari 2010

Read more...

Jan 17, 2011

Man Utd v Spurs

0
0



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...