May 6, 2011

Kami tidak gentar - Ferguson

Manchester United akan turun dengan misi balas dendam di Stadium Wembley menentang Barcelona pada final Liga Juara-Juara, 28 Mei ini. Skuad The Red Devils itu menempah slot ke final selepas menyingkirkan Schalke 04 pada separuh akhir.

Selepas menewaskan Schalke 2-0 minggu lalu, United menang 4-1 di Old Traf- ford awal pagi semalam, sekali gus mara dengan agregat 6-1. Kini, skuad bimbingan Alex Ferguson itu berpeluang untuk memadam memori pahit kekalahan kepada Barca pada final 2009 di Rom dan akan beraksi di Wembley dengan tahap keyakinan yang tinggi
.
Gambar Hiasan

"Kami tidak perlu takut kepada Barcelona dan kami akan bermain pada final di Wembley dengan penuh yakin. "Prestasi kami sangat baik dan musim ini juga amat luar biasa bagi kami.
"Tidak perlu berasa gentar dan kami juga tidak perlu menyerah kalah. Tugas kami ialah mencari jalan untuk menghalang Barcelona daripada menang. "Sudah pasti saya lebih gembira kalau kami berdepan kelab lain di final tetapi sejak awal musim lagi kami mahu menentang Bacelona di final."

Ferguson yang masih kecewa dengan kekalahan 0-2 kepada Barca di Rom berkata, pasukan itu tersilap langkah pada aksi final tersebut. "Mereka berada pada tahap terbaik tetapi kami lebih berpengalaman dan prestasi kami juga semakin bagus."



Awal pagi semalam, pengurus The Red Devils itu membuat lapan perubahan dalam skuadnya yang tewas kepada Arsenal pada Ahad lepas. "Saya tidak tidur memikirkan kekalahan itu. Saya bangun empat kali dan senarai- kan empat pasukan yang berbeza.

"Tetapi apabila melihat pasukan kamu beraksi hebat seperti ini, kamu akan fikir tiada sebab untuk tidak menurunkan pemain-pemain ini." - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...