Oct 6, 2011

iPhone 4S Gagal Pikat Pengguna?

Saham Apple merosot lebih empat peratus di Wall Street semalam, selepas syarikat itu mendedahkan versi terkini iPhone yang mengecewakan ramai pengguna. Peralatan terbaru itu diumumkan Ketua Eksekutif Apple yang baru, Tim Cook.

Dikenali sebagai iPhone 4S, ia menyediakan pemproses lebih laju, “pembantu peribadi” dalaman yang bertindak balas terhadap arahan lisan dan kamera lebih bertenaga.



Bagaimanapun, penampilan itu mengecewakan kerana pengguna berharap Apple menghasilkan telefon pintar generasi baru iPhone 5.

iPhone 4S mula dipasarkan di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepen dan Britain pada 14 Oktober ini.

Di AS, iPhone 4S dijual pada harga minimum RM635 untuk model 16 gigabit atau RM1,273 utuk model 64 gigabit. iPhone model terdahulu kini boleh dibeli pada harga hanya kira-kira RM316. - AFP

4 comments:

Kendra Bing said...

Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com. Or share your truly awesome blog postings to be part of the big collection.

mabk.abubakar said...

Thank you for the invitation..

Miecyber said...

Bila masuk market Malaysia yer..

Kantoi

burnkelana said...

Miecyber.. katanya sebulan lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...