Oct 5, 2011

iPhone 4S: The S is for speed!

iPhone 4S baru sahaja dilancarkan semalam, walaupun tidak mempunyai skrin sesentuh yang besar tapi mereka masih lagi menawarkan kaki-kaki gajet ini alasan yang kukuh untuk mengalami keseronokannya.



iPhone 4S: The S is for speed
iPhone 4 adalah langkah besar daripada model sebelumnya iaitu iPhone 3GS dari segi kuasa dan 4S meneruskan trend tersebut. Disokong prosessor yg sama (dual-core A5) iPhone 4S mempunyai lebih kuasa grafik. Ini bermakna ia mempunyai lebih kelajuan pada hampir setiap fungsi termasuklah dalam permainan iOSnya. 

Prosesornya dikatakan dua kali ganda laju daripada chip sebelumnya & boleh mengasilkan grafik yg berdefinisi tinggi dengan kelajuan 7 kali ganda.

Kamera - 8 Megapixels
Apple juga memberikan perhatian mereka terhadap pemasangan kamera bagi model ini. Sensornya di tingkatkan kepada 8 megapixels dan ianya juga direkabentuk untuk mengambil gambar dibawah cahaya yang kurang. 

Kameranya juga mampu merekod 1080p video yang mana mempunyai gambar yang jelas terutama bila dilihat di skrin yang besar. Ianya juga dilengkapi dengan “image stabilization”.

Aplikasi “Talk to me”
iPhone menawarkan satu lagi kelebihannya apabila menyediakan aplikasi bantuan maya “Siri” kepada penggunanya.  Aplikasi ini membenarkan penggunanya bercakap  dengan iPhone mereka seperti bertanyakan ramalan cuaca dan tempat makan yang terdekat.

Siri juga boleh menukarkan suara anda kepada teks mesej dan kepada “calendar entries”. Anda juga boleh membalas SMS hanya melalui arahan suara dan menyuruh Siri untuk menghantar SMS tersebut tanpa menyentuh iPhone tersebut.

Terdapat banyak lagi pengubahsuaian serta penaiktarafan yang telah dilakukan Apple terhadap iPhone 4S ini. Untuk butiran lanjut, anda bolehlah mengunjungi pembekal-pembekal iPhone 4S ini.






   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...