Nov 26, 2011

Aksi Nazmi Ditagih

KETENANGAN pemain muda, Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang menyinar di Sukan Sea Indonesia baru-baru ini dijangka terus menjadi taruhan skuad Olimpik negara.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur berasal 17 tahun itu menjadi nadi penting skuad bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas Sukan Sea selain turut beraksi cemerlang ketika menentang Syria pada Rabu lalu.


Malah dia berjanji untuk meneruskan aksi bertenaganya mengemudi jentera tengah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada skuad negara ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Semakin lama saya beraksi, tahap keyakinan terus meningkat dan saya akan terus membaiki corak permainan supaya terus bertambah terutamanya dengan keyakinan yang diberikan jurulatih (Ong Kim Swee),” kata pemain Harimau Muda B itu.

Menurutnya, dia serta pemain lain kini sudah cergas sepenuhnya berikutan jadual padat di Sukan Sea termasuk aksi final yang berlarutan sehingga penentuan sepakan penalti.

“Lepas tewas kepada Syria (2-0), kami sudah mendapat rehat yang cukup dan akan membuktikannya dengan meraih kemenangan ke atas Bahrain,” katanya.

Dia turut menjelaskan tidak berasa tertekan walaupun mendapat perhatian banyak pihak berikutan kejayaan dan corak permainan yang dipamerkannya. - myMetro




3 comments:

Hans said...

pengorbanan paling besar dia ialah dia tak ambil SPM tahun nih

penglipurlara said...

di harap pengobanan dia berbaloi..
dengan lahirnya pemain2 baru yang berbakat akan memberi banyak pilihan kepada skuad senior.
http://caripunca.blogspot.com/2011/11/kelayakan-olimpik-2012-malaysia-vs.html

burnkelana said...

takpe.. SPM tu tahun depan pon bleh amik.. yg pnting sekarang dia tunjukkan pada Malaysia bhw dia mampu lakukan sesuatu buat skuad harimau muda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...