Showing posts with label Bola Sepak Malaysia 2011. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak Malaysia 2011. Show all posts

Dec 2, 2011

Kontroversi - Apek Berhasrat Letak Jawatan

Baru - baru ini kita dikejutkan lagi kontroversi penjaga gol No.1 Malaysia aka Apek dengan Shida Harmi.

Reaksi daripada kelate.net, mereka mahu Apek  terus fokus dalam kerjayanya & mengetepikan masalah tersebut. Apek yang merupakan ikon baharu dalam dunia bola sepak Malaysia perlu bijak & berhati-hati dalam setiap tindakannya kerana setiap gerak gerinya pasti menjadi perhatian orang ramai.

Apek Berhasrat Letak Jawatan

Khairul Fahmi Che Mat yang terfikir mahu bersara awal daripada arena bola sepak berikutan tidak tahan dengan kontroversi di luar padang mendapat perhatian banyak pihak yang menyifatkan jika benar keputusan itu dibuat, ia sesuatu merugikan kerana prestasi dia sedang memuncak.
 
Zaquan Adha Abdul Razak berkata, sebagai pemain profesional, Apek perlu melalui semua kontroversi dengan sabar kerana dia adalah ‘selebriti bola sepak’ dan peminat pastinya mahu tahu perjalanan hidupnya termasuk membabitkan soal peribadi.

“Apek perlu menolak ke tepi semua kontroversi itu dan jangan peduli apa orang cakap. Yang penting Apek tahu apa dia buat, tidak halang perjalanan karier, profesional dan beraksi cemerlang di atas padang,” katanya.

Jika Apek masih berniat meneruskan hasrat bersara, dia perlu berfikir panjang dan menyifatkan tindakan individu menyebarkan gambar mesra Apek sebagai usaha menjatuhkan kariernya, dengki dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.

Nota:
Kadang-kadang kesian jugak aku tengok dia, tapi dia sendiri kenalah pandai-pandai bawa diri.. kalau dah tahu jadi "public figure"  kenalah jaga disiplin..baru orang tabik!!


Read more...

Nov 26, 2011

Olimpik 2012 - Malaysia vs Bahrain - Live Streaming!

Bagi sesiapa yang tidak dapat menonton bersama-sama penyokong Harimau Muda malam esok di stadium.. anda boleh tonton live streaming di link berikut...



MALAYSIA vs BAHRAIN
Date: 27 November 2011, Venue: Stadium Bukit Jalil,  Kick off - 8.35 P.M

Live Streaming @TV1
Live Streaming @sportlemon


Note: Access to the website is base on the traffic


Read more...

Aksi Nazmi Ditagih

KETENANGAN pemain muda, Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang menyinar di Sukan Sea Indonesia baru-baru ini dijangka terus menjadi taruhan skuad Olimpik negara.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur berasal 17 tahun itu menjadi nadi penting skuad bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas Sukan Sea selain turut beraksi cemerlang ketika menentang Syria pada Rabu lalu.


Malah dia berjanji untuk meneruskan aksi bertenaganya mengemudi jentera tengah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada skuad negara ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Semakin lama saya beraksi, tahap keyakinan terus meningkat dan saya akan terus membaiki corak permainan supaya terus bertambah terutamanya dengan keyakinan yang diberikan jurulatih (Ong Kim Swee),” kata pemain Harimau Muda B itu.

Menurutnya, dia serta pemain lain kini sudah cergas sepenuhnya berikutan jadual padat di Sukan Sea termasuk aksi final yang berlarutan sehingga penentuan sepakan penalti.

“Lepas tewas kepada Syria (2-0), kami sudah mendapat rehat yang cukup dan akan membuktikannya dengan meraih kemenangan ke atas Bahrain,” katanya.

Dia turut menjelaskan tidak berasa tertekan walaupun mendapat perhatian banyak pihak berikutan kejayaan dan corak permainan yang dipamerkannya. - myMetro





Read more...

Nov 25, 2011

Final Sea Game - Mas vs Indonesia Lonjak Pageviews

Klik gambar untuk tumbesaran


Apa yang korang nampak kat dalam gambar tu? yang paling atas tu.. Amacam? tinggi tak? Sejarah beb, blog aku dapat pageviews tinggi macam tu sekali.. Mungkin  disebabkan kehebatan sukan itu sendiri menjadi faktor utama pageviews untuk entry aku tu meningkat menggila.. 

Lepas ni tak tau boleh dapat lagi ke tidak.. lagipun aku bukannya "taksub" sangat ngan traffik ni. tujuan aku berblogging hanyalah untuk suka-suka sahaja..

Anyway, Aku nak bagi kredit sikit.. "Terima Kasih!" pada followers & visitors yang membantu melonjakkan traffik untuk entry2 aku tu..


Nota: Jangan serik untuk jengah blog aku lagi yer.





Read more...

Nov 24, 2011

Malaysia Perlu Menang Lawan Bahrin Ahad Ini


Malaysia dijadual menentang Bahrain pada Ahad ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan mereka perlu menang dalam perlawanan berkenaan jika berhasrat menghidupkan peluang sekurang-kurangnya mengisi slot playoff iaitu dengan menduduki tangga kedua kumpulan.

Ini berikutan kekalahan Malaysia terhadap Syria (0-2) yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Malaysia bermain baik pada separuh masa pertama dan dapat mengekang asakan Syria. Namun dibabak kedua, Syria menunjukkan belangnya apabila menyumbat gol pertama hasil tandukan oleh Solaiman Solaiman pada minit ke-50.

Gol kedua pula dijaringkan oleh pemain gantian Nassouh Nakkdahli akibat kesilapan Muslim Ahmad pada minit ke-80 seterusnya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Masalah kecederaan pemain-pemain utama dan faktor kepenatan dikatakan menjadi punya skuad Ong Kim Swee tewas terhadap Syria. 




Read more...

Nov 23, 2011

Kelayakan Olimpik 2012 - Malaysia v Syria Live Streaming!






Live streaming 



MALAYSIA vs SYRIA


Live Streaming Malaysia vs Syria @TV1
Kick Off - 8.35 P.M

Note: Access to the website depend on the traffic 


Read more...

Safiq Rahim Berlepas ke Cardiff Hari Ini.

KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim akan berlepas ke Cardiff hari ini untuk menjalani ujian percubaan selama tiga minggu dengan kelab Cardiff City.

“Inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Ia peluang terbaik untuk menunjukkan skil bola sepak saya. Saya tahu ia sukar tetapi tiada apa yang mustahil. Sudah sampai masanya bagi kita menunjukkan Malaysia juga mempunyai ramai pemain berbakat,” kata pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kelab Cardiff City 1Malaysia, semalam.

Safiq, yang juga kapten Malaysia ketika menentang Arsenal dan Liverpool berkata, apa jua keputusannya, dia berharap dapat mempelajari sesuatu daripada perlawanan ujian percubaan di Cardiff itu bagi meningkatkan prestasi permainannya ke tahap lebih tinggi.

“Sudah pasti impian saya adalah menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di England,” kata pemain itu yang menyumbat gol menerusi sepakan percuma ketika menentang pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool apabila Malaysia tewas 3-6 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Julai lalu.

Penyerang negara Safee Sali, kini bermain dengan pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya menjalani latihan ujian percubaan dua minggu September lalu dengan Cardiff City yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee. 
“Kami gembira dapat bersama Safiq di Cardiff selama tiga minggu. Dia akan dijaga dengan baik dan diberi peluang menjalani latihan dengan pasukan pertama,” kata Chan. - myMetro

Read more...

Nov 22, 2011

Final Sea Game Malaysia vs Indonesia - 2 Penyokong Garuda Maut


Penyokong fanatik Indonesia bersesak-sesak untuk masuk GBK
KOMPAS bola hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 2 orang maut di Stadium Glora Bung Karno kerana bersesak-sesak untuk menonton perlawanan akhir Sukan Sea 2011 di antara Malaysia vs Indonesia.

Mangsa dikatakan dipijak-pijak oleh penyokong-penyokong fanatik Indonesia semasa mereka bersesak-sesak untuk masuk ke stadium melalui pintu VII Sektor II. Mangsa yang disangkakan pengsan setelah berjaya dibawa keluar hasil bantuan orang ramai itu sebenarnya sudah tidak bernyawa. 

Kegagalan pihak polis & pegawai bertugas untuk mengawal keadaan juga dikatakan menjadi punca kepada keadaan huru hara diluar stadium. Dilaporkan juga terdapat ramai penyokong yang cedera di dalam rusuhan tersebut.




Read more...

Nov 21, 2011

Sea Game Final - Malaysia vs Indonesia Live Streaming




Live streaming 

MALAYSIA vs INDONESIA


Live Streaming Malaysia vs Indonesia @TV1
Live Streaming Malaysia vs Indonesia @ tonton.com.my

Read more...

Nov 18, 2011

Pujian Buat Pasukan U23 Malaysia!

“KEMENANGAN ke atas Indonesia ini tidak bermakna jika kami gagal mempertahankan pingat emas,” kata jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee, mengulas kejayaan anak buahnya menundukkan pasukan tuan rumah Sukan Sea itu pada aksi terakhir Kumpulan A, semalam.

Biarpun memuji persembahan pemain muda negara yang terpaksa berdepan sorakan lebih 100,000 penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, pengendali negara itu mahu semua pemain memberi tumpuan kepada separuh akhir menentang Myanmar, esok.

Apek beraksi cemerlang dalam perlawanan semalam

“Pemain mempamerkan karektor yang hebat kerana mereka bukan hanya menentang 11 pemain Indonesia tetapi ribuan penyokong di stadium malam ini (malam tadi).

“Saya mahu pemain terus menunjukkan peningkatan,” katanya.




Pemain Malaysia ketika diasak pemain Indonesia

Tahniah! Malaysia meraikan kemenangan selepas badi 8 tahun di BK

Read more...

Nov 10, 2011

Izzaq Buktikan Kemampuan!

KETIKA ramai yang meragui kemampuannya, penyerang negara, Izzaq Faris Ramlan mengotakan janjinya apabila muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membolehkan Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand dalam kempen bola sepak Kumpulan A Sukan Sea Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

Izzaq, 21, yang masuk menggantikan pemain sayap Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-80, merembat masuk gol kedua negara lima minit selepas itu sebaik mendapat hantaran kapten, Baddrol Bakhtiar dalam kotak penalti.

Aksi Akrobatik - kena ke tak kena tu?

Tendangan kilas Syharul Azwari Ibrahim berjaya ditampan penjaga gol Thailand. 

Yea..yea.. Malaysia menang 2-1

Gol itu cukup penting kerana ia bukan saja kembali menyemarakkan peluang Malaysia dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos, dua tahun lalu malah ia begitu bermakna buat Izzaq yang dikritik hebat sebelum ini kerana aksi kurang memberangsangkan.

“Saya gembira kerana diturunkan, malah lebih bermakna apabila dapat menjaringkan gol kemenangan. Sebelum ini ramai yang meragui kemampuan saya dan gol ini bagus untuk karier bola sepak saya,” katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.
 

Sebelum ini, ramai pihak kurang berpuas hati dengan penampilan Izzaq, bukan saja dalam skuad Olimpik, malah ketika dipanggil bersama skuad senior kerana gagal menjaringkan gol di pentas antarabangsa.

Kali terakhir pemain kelahiran Kemaman, Terengganu itu menjaringkan gol ketika skuad bawah 23 tahun negara menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi persahabatan bulan lalu.

Pada perlawanan pertama ketika Malaysia seri 0-0 dengan Singapura pada aksi pertama Isnin lalu, Izzaq turut beraksi 10 minit terakhir kerana tidak cukup cergas sepenuhnya akibat diserang cirit-birit.


Berita selanjutnya ---> myMetro

Read more...

Nov 8, 2011

Skuad Kim Swee Longlai..

SEMUANYA tidak seperti yang diharapkan apabila skuad bawah 23 tahun negara sekadar seri 0-0 menentang Singapura dalam aksi pembukaan Kumpulan A Sukan Sea Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno semalam.

Persembahan skuad kendalian Ong Kim Swee yang dipamerkan khususnya pada babak pertama seperti langsung tidak menggambarkan status juara bertahan pada temasya edisi ke-26 ini.

Hanya percubaan menerusi sepakan percuma kapten, Baddrol Bakhtiar benar-benar memberi ancaman kepada skuad musuh tradisi itu yang amat berhajat memburu kejuaraan pertama.


Biarpun mengakui kekurangan penyerang yang berkaliber, Kim Swee tetap menganggap anak buahnya bakal bangkit memberikan persembahan lebih baik biarpun tugas menjadi lebih sukar untuk berdepan Thailand Rabu ini.

“Sekurang-kurangnya kami meraih satu mata pada perlawanan pertama, ini bukan penamat segalanya kerana kami masih mempunyai tiga lagi perlawanan untuk diharungi.

“Saya yakin pemain-pemain akan meningkatkan prestasi daripada satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

Mengulas insiden Mohd Fandi Othman yang dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-70 namun tidak dilayan pengadil perlawanan dari Myanmar, Win Htut, Kim berkata: “Pada pandangan saya sepatutnya pengadil memberikan penalti tapi ia bergantung kepada kedudukan pengadil ketika itu. Keputusan mutlak di tangan pengadil”.

Sementara itu, jurulatih Singapura, Pavkovic tidak mahu memasang angan- angan terlalu tinggi meskipun berjaya mengikat Malaysia daripada meraih kemenangan.

Malah mereka mampu mencipta kemenangan jika pemain sayap Muhammad Fazil Ayob berjaya menyempurnakan percubaan pada minit ke-12 dan 15 pada babak pertama.

“Saya bangga dengan semangat pemain-pemain untuk memberi tentangan kepada juara dua tahun lalu Malaysia. Masih terlalu awal untuk mengukur kemampuan kami, saya kena menilai kemampuan pasukan lain,” kata pengendali kelahiran Serbia itu.

sumber: myMetro



Komen Admin:-
Midfield - Tak kreatif
Striker - Penyudah tumpul
Defender - Kelam Kabut
Winger - Kurang dapat bola / hantaran tak kemas

Secara keseluruhannya, game semalam terlalu longlai & pemain bermain ala kampung.. adakah itu aksi sebenar yang ingin ditunjukkan kepada peminat bola sepak tanahair.. kalau begitu, tentu mereka kecewa.. termasuklah admin..

Read more...

Oct 1, 2011

Mohd Safee Sali, Jesper Blomqvist & Jason McAteer Perkuat Selangor Malam ini..

KEBANGKITAN dramatik Selangor dalam perebutan slot ke suku akhir Piala Malaysia tempoh hari bakal dijadikan azimat buat skuad Gergasi Merah itu merampas kembali trofi Piala Sultan Selangor dari tangan musuh tradisi Singapura apabila mereka membuat perhitungan di Stadium Shah Alam malam ini.

 Skuad pilihan Selangor yang dibelasah teruk 6-0 tahun lalu semakin yakin membalas dendam kekalahan memalukan itu apabila tampil diperkuatkan dengan penyerang sensasi, Mohd Safee Sali serta dua bekas pemain Manchester United dan Liverpool, Jesper Blomqvist dan Jason McAteer.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, semua pemain tekad melakar kejayaan kali ini sebagai hadiah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun pertabalan ke-10 Sultan Selangor.

“FAS memberi sokongan penuh kepada usaha untuk merampas kembali Piala Sultan Selangor selepas kali terakhir dimenangi pada 2008. Kami memandang serius pertemuan dengan Singapura kerana kemenangan kali ini amat penting buat hadiah kepada Sultan Selangor sempena ulang tahun pertabalan ke-10 tahun ini.

“Bagi Selangor, perlawanan Piala Sultan Selangor ini juga sebagai persiapan terbaik sebelum mengharungi peringkat suku akhir Piala Malaysia 10 Oktober depan dengan Perak,” katanya.

Sejak piala itu diperkenal, Selangor dan Singapura masing-masing memenanginya empat kali dan menjadi pemenang bersama pada 2004.

sumber:myMetro

Read more...

Aug 23, 2011

FAM Silap Langkah - myMetro

DILEMA yang dihadapi jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee apabila anak buahnya terpaksa menempuh jadual padat November depan tidak seharusnya berlaku jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan dua pasukan berbeza bagi Sukan Sea Indonesia dan pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik London 2012.


Pengkritik sukan, Serbegeth Singh berpendapat, tindakan FAM menyerahkan tanggung jawab kepada skuad Olimpik untuk mengharungi kedua-dua kejohanan itu dalam masa terdekat adalah tidak logik.

“FAM kena buat pilihan sama ada untuk mengutamakan Sukan Sea atau pusingan kelayakan Olimpik. Tapi sebenarnya kenapa perlu membuat pilihan? Kenapa tidak FAM menyediakan pasukan berbeza untuk dua kejohanan itu? “Bila kita menyediakan pasukan berlainan ia akan mencetuskan persaingan antara pemain. Bagi saya tidak logik untuk menggunakan pasukan sama untuk dua kejohanan itu, ini hanya akan menjejaskan pembangunan pemain muda,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Nasib skuad Olimpik negara ketika ini masih belum menentu berikutan jadual padat membabitkan kejohanan bola sepak bawah 23 tahun di Sukan Sea Indonesia dan pusingan kelayakan Olimpik London.

Final acara bola sepak Sukan Sea akan berlangsung pada hari penutup, 22 November manakala perlawanan kedua Kumpulan C Malaysia dengan Syria diadakan sehari selepas itu.

Jika Malaysia berjaya mara ke final Sukan Sea untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos 2009, sudah pasti perlawanan menentang Syria di Kuala Lumpur terpaksa dilupakan.

Mungkin perlawanan itu boleh ditangguhkan sehari ataupun selepas perlawanan ketiga dengan Bahrain pada 27 November jika permohonan FAM mendapat persetujuan pasukan lawan namun faktor kecergasan pemain juga perlu diambil kira.

Menurut Serbegeth yang turut dikenali dengan panggilan Shebbie, tiga perlawanan penting dalam tempoh seminggu (jika Malaysia mara ke final Sukan Sea) pasti menyukarkan pemain muda negara.

“Seharusnya Sukan Sea biarlah pasukan baru dan kita sediakan pasukan khusus untuk Sukan Sea dan Olimpik. Biarlah Sukan Sea untuk pemain lebih muda seperti bawah 19 tahun kerana kita perlu sedar Sukan Sea kejohanan pembangunan, jangan kita raikan kemenangan di Sukan Sea seperti kita menang Piala Dunia.

“Kalau kita lihat sekarang ada pemain yang beraksi untuk skuad Olimpik dan dalam masa sama turut bermain dengan skuad kebangsaan. Akibat aksi tanpa henti, prestasi mereka mula menurun, jadi kita kena ambil kira perkara sebegini,” katanya.

Malaysia yang layak ke peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik London akan memulakan kempen menentang Jepun di Stadium Tosu pada 21 September ini.

Read more...

Jul 18, 2011

Gol-Gol Menarik Malaysia vs Liverpool

Tewas lagi.. itulah hakikat perlawanan di antara Malaysia vs Liverpool baru-baru ini. Namun pada aku Safi Sali sekurang-kurang menunjukkan dia masih berbisa selepas rehat panjang akibat kecederaan yang dialaminya dan penyudahnya masih lagi lagi ditagih untuk memastikan menang apabila bertemu Singapura nanti.

Lepas nie skuad Olimpik pula akan berdepan Chelsea, ntah berapa banyak gol pulak yg depa dapat.. Anyway.. kepada sape - sape yang terlepas menyaksikan gol-gol menarik sepanjang perlawanan Malaysia vs liverpool.. bleh layang video nie.. Gol Safiq Rahim memang world class!


Read more...

Jul 13, 2011

Skuad Raja Gopal Layu di tasik madu..

Malang buat skuad Raja Gopal apabila dimalukan oleh Arsenal 4 berbalas 0.. Pada aku, game yg aku tengok sebentar tadi bukan aksi sebenar pemain-pemain Malaysia & aku percaya skuad Raja Gopal boleh main lebih baik lagi & tidak seperti apa yang dipersembahkan sebentar tadi.

Pada pemerhatian aku, Malaysia lemah di segala aspek.. baik pertahanan, tengah & serangan semua tak menjadi, pemain-pemain Malaysia sepertinya kaku & layu sebaik sahaja pemain arsenal mendapat bola.. kadang-kadang rasa kesian pun ada..
Next game:
16 July 2011 - Malaysia vs Liverpool
21 July 2011 - Malaysia vs Chelsea

Apa pun, aku harap diorang belajar sesuatu dari perlawanan tadi. TAHNIAH! kepada Arsenal...







Read more...

Keputusan penuh Malaysia vs Arsenal

Malang buat skuad Raja Gopal apabila dimalukan oleh Arsenal 4 berbalas 0.. Pada aku, game yg aku tengok sebentar tadi bukan aksi sebenar pemain-pemain Malaysia & aku percaya skuad Raja Gopal boleh main lebih baik lagi & tidak seperti apa yang dipersembahkan sebentar tadi.

Pada pemerhatian aku, Malaysia lemah di segala aspek.. baik pertahanan, tengah & serangan semua tak menjadi, pemain-pemain Malaysia sepertinya kaku & layu sebaik sahaja pemain arsenal mendapat bola.. kadang-kadang rasa kesian pun ada..

Apa pun, aku harap diorang belajar sesuatu dari perlawanan tadi. TAHNIAH! kepada Arsenal...






Read more...

Jul 9, 2011

CERITA SUKAN HARI NI..

HABUAN RM 1 JUTA BUAT SKUAD ONG KIM SWEE

HABUAN lumayan menanti skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee apabila Telekom Malaysia Berhad (TM) sedia memberikan insentif RM1 juta jika berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea Palembang, November ini.


Pada mulanya, insentif itu hanyalah di peringkat cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Tengku Abdullah Sultan Ahmad ketika ucapannya pada majlis menandatangani penajaan bersama TM sebagai Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.


APEK UJI KETANGKASAN BERDEPAN ARSENAL & LIVERPOOL
AKSI menentang dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Liverpool menjadi persediaan ampuh kepada Harimau Malaya apabila turun menentang musuh tradisi, Singapura hujung bulan ini dalam misi mara ke peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia.


Penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat berkata, kehadiran dua kelab terbabit bakal menguji kemampuannya untuk beraksi di tahap lebih tinggi.

“Kemahiran dan fizikal berlainan yang dimiliki mereka bagus untuk saya sebagai persiapan menghadapi Singapura yang sememangnya mempunyai pemain import dari pelbagai negara,” katanya ketika ditemui semalam.

Penjaga gol Kelantan itu turut perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana belum pernah beraksi menentang The Lions.

“Saya pernah beraksi beberapa kali di Stadium Jalan Besar namun tidak pernah bertemu skuad kebangsaan negara itu, mungkin ketua jurulatih negara (Datuk K Rajagobal) mempunyai perancangan tersendiri bagi menghadapi lawan yang mempunyai fizikal berlainan,” katanya.


WES BROM & JOHN O'SHEA IKAT KONTRAK BERSAMA SUNDERLAND

Sunderland melengkapkan pembelian berganda dua pemain pertahanan Manchester United kelmarin, membawa masuk Wes Brown dan John O'Shea ke kelab itu menerusi kontrak empat tahun.

Brown, 31, dan O'Shea, 30, menyertai kelab itu dengan bayaran perpindahan dirahsiakan selepas United menerima tawaran sekitar 12 juta (RM57.3 juta) bulan lalu buat dua pemain itu dan pemain tengah Darron Gibson, rakan senegara O'Shea dalam pasukan kebangsaan Ireland.

Brown, yang boleh beraksi di pertahanan tengah atau kanan memulakan aksi sulungnya bersama United ketika musim treble kelab itu pada 1998-99 dan melakukan 361 penampilan.

“Kami bangga menerima kehadiran seorang pemain dengan kaliber seperti Wes,” kata jurulatih Sunderland, Steve Bruce yang juga bekas pertahanan tengah United.

“Dia seorang pemain profesional fantastik buat Manchester United selama ini dan bukan saja bakal memperkukuhkan pertahanan kami, dia juga membawa bersamanya mentaliti kemenangan dan tahap kematangan yang boleh mendatangkan kesan positif kepada pemain di sekelilingnya.” 

Brown memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara, lima pingat juara Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan dua Piala Liga dengan United dan beraksi 23 kali buat England.

“Musim lalu, saya agak kecewa kerana jarang dapat beraksi. Tapi itulah bola sepak dan anda harus maju ke depan,” kata Brown.


O'Shea mengumpul satu kejuaraan Liga Juara-Juara, lima kejayaan liga, satu pingat Piala FA dan tiga Piala Liga ketika 12 tahun di Old Trafford menyaksikannya melakukan hampir 400 penampilan. - AFP

Sumber: myMetro


Read more...

Apr 26, 2011

GOL TERCANTIK SAFEE SALI BERSAMA PELITA JAYA!

Entry kali nie aku just nak share kat korang gol terbaik Safee Sali selepas 5 perlawanan bersama Pelita Jaya.

Gol tersebut menunjukkan bahawa dia memang mempunyai kualiti sebagai penyerang yang digeruni apabila berdepan lawan.

Enjoy the video..







Read more...

Feb 23, 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Pra Kelayakan Olimpik




Keputusan penuh Malaysia menentang Pakistan 2 - 0 dalam memburu tiket ke pra kelayakan Olimpik 2012 di London.

Keputusan tersebut menyemarakkan lagi pasukan kebangsaan yang akan bertandang ke Pakistan bagi perlawanan kedua, namun pemain diingatkan supaya tidak merasa selesa dengan keputusan tersebut kerana cabaran lebih getir akan menanti mereka di sana.





Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...