Nov 2, 2011

Beli Mutiara RM 300K!.. Rosmah Kantoi Lagi..

Sebelum ini heboh pasal Rosmah beli beli berlian jutaan ringgit.. dan kali ini harakahdaily.my memetik artikel dari sebuah laman blog pembangkang  bahawa Rosmah Mansor (Isteri Najib) kantoi lagi apabila dikatakan berbelanja mewah semasa mengikuti rombongan delegasi suaminya ke Persidangan Negara-Negara Komenwel, CHOGM di Perth Australia.

Menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888). Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944).

Namun begitu, ramai yang mempertikai kesahihan pendedahan laporan akhbar The West Australian itu. Pertikaian itu turut disiarkan di portal Malaysiakini. Ini kerana laman-laman blog termasuk portal Keadilandaily hanya menyiarkan keratan kecil laporan akhbar tersebut. 


Semoga pemergian mereka ke tanah suci mendapat rahmat & dilindungi Allah serta dipermudahkan segala urusan mereka disana. Amin.

8 comments:

Unknown said...

Berita TV3 sebentar tadi menyebut bahawa Najib telah mengeluarkan kenyataan penafian mengenai artikel brhubung pembelian barang kemas oleh isterinya di Australia. Beliau juga menafikan bahawa anaknya berada di sana seperti yg dilaporkan oleh sesetengah akhbar pmbangkang & blogger..

...:::yaniemora:::... said...

kenapa kena berbelanja kat luar negeri je?dalam negeri takleh berbelanja eh mewah2??

Encik Gaara said...

kalau setakat bg statement penafian mcm tu..org lain pun boleh wat jgk..lagi2 kat twitter...bkn susah pon..taip and tweet...

peace no war :-)

burnkelana said...

Herrmmm.. Kalo ckp lebih2 nant aku plak kena saman.. Silap haribulan blog aku ni plak kena GAM.. Hehehe.. Apa yg dilaporkn adalah setakat utk pengetahuan shj. Percaya atau tidak trpulang kpd individu..

Pd aku PM kena buktikan semua tohmahan ini tidk brasas, & bukan setakat membuat penafian shj.. Pelik gk aku paper australia tu dgn beraninya kluarkan artikel mcm tu.. Mesti depa ada sumber/ bukti yg bleh mnyokong artikel diorg tu..

Dr Zatiel Ismail said...

hi.
saya rasa dl sebuah akhbar di Australia penah kuarkan berita yg negara kita ni tak bijak bl membiayai angkasawan sedangkan masih ramai rakyat terbiar. dan disamping itu, DSAI pon femes di luar negara bl dia dikatakan dl pergi meraih simpati ke luar negara. jadi, mungkin akhbar ni bias, mungkin betul. tak pelah, apa kita mampu buat? teriak2? pastu kena saman? lebih baik kita tingkatkan diri kita, dan jadi antara yang berkuasa dan mampu mengawalnya dgn betul. jadi, skrg nu kita mampu doa je kalau betul duit negara yg diguna, mesti duit kita pon ada di dalamnya sbg pembayar cukai kan? doa org teraniaya dimakbulkan Allah. tunggu dan lihat. semoga cerita tu hanyalah rumors semata2. ^^

sollehahn said...

the thing is, kalau betul pun berlaku, kenapa perlu jadi isu?...duit dia kot, sukahati dia la nak buat apa...huhu

shah said...

kussss semangat!

burnkelana said...

Hari ini Surat khabar Australia trsebut dikatakan telah mengeluarkn kenyataan bhw mereka tersilap dlm mengeluarkn berita kontroversi trsebut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...