Penyokong fanatik Indonesia bersesak-sesak untuk masuk GBK |
KOMPAS bola hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 2 orang maut di Stadium Glora Bung Karno kerana bersesak-sesak untuk menonton perlawanan akhir Sukan Sea 2011 di antara Malaysia vs Indonesia.
Mangsa dikatakan dipijak-pijak oleh penyokong-penyokong fanatik Indonesia semasa mereka bersesak-sesak untuk masuk ke stadium melalui pintu VII Sektor II. Mangsa yang disangkakan pengsan setelah berjaya dibawa keluar hasil bantuan orang ramai itu sebenarnya sudah tidak bernyawa.
Kegagalan pihak polis & pegawai bertugas untuk mengawal keadaan juga dikatakan menjadi punca kepada keadaan huru hara diluar stadium. Dilaporkan juga terdapat ramai penyokong yang cedera di dalam rusuhan tersebut.
4 comments:
Gempak nya
EmpayarUtama - gempak tak brtempat, tu lah jadinya..
di luar jangkaan...mcm tula, tahniah pasukan negara.
PCl - terbaik.. semoga skuad u23 Malaysia terus bangkit mengharumkan nama negara..
Post a Comment