Nov 24, 2011

Malaysia Perlu Menang Lawan Bahrin Ahad Ini


Malaysia dijadual menentang Bahrain pada Ahad ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan mereka perlu menang dalam perlawanan berkenaan jika berhasrat menghidupkan peluang sekurang-kurangnya mengisi slot playoff iaitu dengan menduduki tangga kedua kumpulan.

Ini berikutan kekalahan Malaysia terhadap Syria (0-2) yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Malaysia bermain baik pada separuh masa pertama dan dapat mengekang asakan Syria. Namun dibabak kedua, Syria menunjukkan belangnya apabila menyumbat gol pertama hasil tandukan oleh Solaiman Solaiman pada minit ke-50.

Gol kedua pula dijaringkan oleh pemain gantian Nassouh Nakkdahli akibat kesilapan Muslim Ahmad pada minit ke-80 seterusnya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Masalah kecederaan pemain-pemain utama dan faktor kepenatan dikatakan menjadi punya skuad Ong Kim Swee tewas terhadap Syria. 



5 comments:

Unknown said...

yg penting kita dh menang gold medal tu

burnkelana said...

hahaha.. tu baru kat asia tenggara.. kena up lagi baru power..!

rivai said...

selamat aja buat kemenangan malaysia :D

Unknown said...

layak setakat ini pun antara yg terbaik!!

burnkelana said...

En Cool.. bukan tak suka, malah bangga lagi jadi penyokong harimau muda ni.. biasalah, sbg penyokong aku nak depa tingkatkan prestasi & melangkah lebih jauh lagi dlm arena bola sepak dunia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...