Nov 23, 2011

Safiq Rahim Berlepas ke Cardiff Hari Ini.

KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim akan berlepas ke Cardiff hari ini untuk menjalani ujian percubaan selama tiga minggu dengan kelab Cardiff City.

“Inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Ia peluang terbaik untuk menunjukkan skil bola sepak saya. Saya tahu ia sukar tetapi tiada apa yang mustahil. Sudah sampai masanya bagi kita menunjukkan Malaysia juga mempunyai ramai pemain berbakat,” kata pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kelab Cardiff City 1Malaysia, semalam.

Safiq, yang juga kapten Malaysia ketika menentang Arsenal dan Liverpool berkata, apa jua keputusannya, dia berharap dapat mempelajari sesuatu daripada perlawanan ujian percubaan di Cardiff itu bagi meningkatkan prestasi permainannya ke tahap lebih tinggi.

“Sudah pasti impian saya adalah menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di England,” kata pemain itu yang menyumbat gol menerusi sepakan percuma ketika menentang pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool apabila Malaysia tewas 3-6 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Julai lalu.

Penyerang negara Safee Sali, kini bermain dengan pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya menjalani latihan ujian percubaan dua minggu September lalu dengan Cardiff City yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee. 
“Kami gembira dapat bersama Safiq di Cardiff selama tiga minggu. Dia akan dijaga dengan baik dan diberi peluang menjalani latihan dengan pasukan pertama,” kata Chan. - myMetro

2 comments:

My Life's Journey said...

salam pekenalan .. umi singgah dan jadi follower kat cni.

Nice info .. hihi pasal bola .. umi tak pandai sanggat ..:)

burnkelana said...

takpe.. ambik port pon dah kira ok per..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...